Kerja masa paling muda: menarik tu!!!

By | Mac 11, 2015

Assalamualaikum korang semua…

Hari ni saja dah masuk dua (2) entry tau. nie disebabkan bosan sangat-sangat. kalo time cuti sekolah lagi memeningkan. takpelah, nak buat cemane… kena banyakkan bersabar jelah…
tengah hari ini nak cerita pengalaman kali pertama bekerja masa paling muda. Wow! menarik tu… mesti korang nak tau cemana saya boleh dapat keja seawal 19 tahun.
1st sekali, isi borang SPA8i umur 17 tahun, selepas periksa SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Masa tu, memang didesak oleh parents, tak terpikir langsung nak mintak borang kat pejabat buruh. last tu jugak isi borang tu. 
2nd, on9 jelah kat jobsmalaysia.gov.my. tu memang kehendak sendiri. saja-saja isi. tengok member2 kita giat isi tu, saya pun terikut juga… last2 xdpt jugak. 🙁
Dengan berpengalaman di sekolah teknik dulu, saya memilih kerjaya yang saya minat sangat-sangat, iaitu Juruteknik Komputer. yang lain tu, hantam je… bukan apa, bidang itu sebenarnya baru lagi, masih bertapak di sekolah-sekolah kerajaan. so, buatlah muka sekupang je…
tak lama tu, masuklah Tingkatan 6. terus terang, memang payah belajar tu. pasal benda tu, saya buat entry lain. dalam sekurang-kurangnya 1 tahun 6 bulan, terus dapat kerjaya tu. sebelum tu, pergi temuduga kat Bangunan Darul Ridzuan, Ipoh (tempat MB Perak bersidang…).
tak susah mana diorang tanya, sebab saya ada sijil SPM sahaja. tak lama lepas tu, dalam sebulan, terus dapat. wow, terkejut parents, sedara-sedara, adik-beradik, dan ramai lagi. 
so, apa nak dikata, katalah. saya dah dapat kerjaya yang saya nak.
oklah, nak komen, komenlah. jangan lupa like tau… 
wassalam…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *