Bagaimana Bina Kod QR Sendiri dengan Percuma?

By | November 24, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bagaimana Bina Kod QR Sendiri dengan Percuma? – Tahukah anda bahawa anda boleh membina kod QR sendiri dengan percuma atau tanpa bayaran?

Anda jadi pelik, ada ke…

Ada sebenarnya, jika anda pandai cari laman web pembina kod QR anda sendiri. Tak perlu upah orang lain dan jimat kos pengeluaran.

Apa itu Kod QR?

Kod QR (singkatan frasa Inggeris quick response) adalah sejenis kod bar generasi kedua. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar UPC biasa kerana ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Kod ini terdiri daripada modul hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar putih. Penggunaan kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih. – Rujukan dari Wikipedia Bahasa Melayu

Bagaimana Kod QR Berfungsi?

Rujuk gambar di bawah ini.

400px-qr_code_structure_example_2_ms

Bagaimana Menggunakan Kod QR di iPhone, iPad dan Android?

Sila tonton video di bawah ini

 

Bagaimana Bina Kod QR Sendiri dengan Percuma?

Cara-caranya adalah…

  1. Pergi ke link goqr.me
  2. Anda boleh pilih jenis-jenis yang anda inginkan, seperti link, teks, nombor telefon dan lain-lain.

goqr-2

3. Macam yeop, yeop pilih link dan yeop masukkan dalam kotak yang diberi seperti nombor 3. Kemudian nombor 4 pula, ia akan preview kod QR yang dia telah dibuat. Setelah berpuas hati, klik butang Download, seperti Nombor 5.

goqr-3

4. Anda boleh mengubahsuai saiz kod QR anda dan warna mengikut kesukaan anda, seperti di bawah.

goqr-4

Kemudian, pilih butang JPEG atau PNG seperti di nombor 6.

5. Ia akan dimuat turun ke fail yang anda tetapkan pada browser anda, seperti Fail Downloads.

Bagaimana anda memuat naik gambar Kod QR di blog?

  1. Anda boleh buka blogger.com atau WordPress anda sendiri.
  2. Pilih mana-mana entri atau buat entri baharu atau sidebar yang anda ingin muat naik, kemudian muat naik dari fail Downloads.
  3. Kemudian, anda berjaya memuat naik di blog anda.

Apa kata anda mencuba dulu.

Semoga berjaya!

Eh, kalau ada pertanyaan, boleh mengomen di bawah ini.

One thought on “Bagaimana Bina Kod QR Sendiri dengan Percuma?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *