Koleksi Petua Untuk Penjagaan Pakaian

By | Oktober 30, 2013

baju

Koleksi Petua Untuk Penjagaan Pakaian

A. Gula-Gula Getah Melekat Pada Pakaian – Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.

B. Pakaian Terkena Dakwat

Pilihan 1: Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.

Pilihan 2: Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.

Pilihan 3: Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuh seperti biasa.

C. Pakaian Terkena Karat – Potong 2 biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

D. Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian – Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

One thought on “Koleksi Petua Untuk Penjagaan Pakaian

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *