Kuasa Mata

By | Disember 1, 2014

mata

Kassim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku menjadi buta kerana asyik menangis mengenangkan isterinya yang kononnya telah meninggal dunia. Benarkah manusia boleh menjadi buta hanya kerana asyik menangis?

Bidang saintifik moden telah merumuskan bahawa kesedihan yang mendalam dan mempengaruhi jiwa dapat memberi tekanan pada mata. Mata akan mengalami kelemahan pandangan sedikit demi sedikit sehingga ada yang membawa kepada kehilangan pandangan sama sekali. Kajian ilmiah ini mendapati bahawa keadaan jiwa seseorang boleh memberi kesan kepada mata.

Sebenarnya, bagaimana keadaan mata ketika manusia mengalami perasaan takut telah pun diceritakan dalam beberapa surah Al Quran. Sebagai contoh;

“Mereka bakhil terhadapmu apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu memandang kepadamu dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pengsan kerana akan mati…”
(Ayat-Al-Ahzab: petikan ayat 19)

“Dan Yaakub berpaling daripada mereka (anak-anaknya) seraya berkata, “Aduhai dukacitaku terhadap Yusuf”, dan kedua matanya menjadi putih kerana kesedihan dan dia adalah seorang yang menahan amarahnya (terhadap anak-anaknya)”.

(Ayat Yusuf: 84)

Mengikut rumusan saintifik, ketika manusia mendekati kematian atau berada dalam ketakutan, mata akan berputar-putar atau berbolak-balik sehingga mata kelihatan putih seluruhnya. Ketakutan yang keterlaluan akan menyebabkan manusia hilang kesedaran sehingga merosakkan urat saraf pengetahuan dan urat saraf tidak sedar di otak. Justeru manusia yang ketakutan akan kelihatan sama seperti orang yang pengsan – bertepatan sekali dengan surah Al-Quran.

Memandangkan mata merupakan antara anggota tubuh yang penting, orang Melayu mempunyai banyak firasat tentang pergerakan pada keliling mata serta penglihatan mata yang berkunang-kunang.

Sekiranya terjadi pergerakan di bawah sadar tanpa dapat dikawal pada bahagian di sekitar mata, orang Melayu mempunyai firasat ertinya sendiri:

Alis kanan – akan bertemu orang yang disenangi
Alis kiri – akan mendapat wang
Kelopak mata kanan atas – akan mendapat keuntungan
Kelopak mata kanan bawah – akan mendapat kesusahan
Kelopak mata kiri atas – akan mendapat kebaikan
Kelopak mata kiri bawah – akan menangis

Petua dari ENSAIKLOPEDIA  PETUA MELAYU LAMA

7 thoughts on “Kuasa Mata

  1. Diari Ibu Zarith

    walaupun tak boleh nak percaya sangat tentang kata-kata org tua tentang pergerakan mata tu, tapi selalunya secara kebetulan yang zarith perasan bila bahagian bawah mata kiri tu gerak, tak lama lepas tu akan menangis, Wallahualam

    Salam perkenalan =)

    Reply
  2. diana

    Orang kata biar buta mata jangan buta hati..tapi bagi saya buta mata pun saya tak sanggup..Syukur Alhamdulillah saya ada mata yang sihat..

    Reply
  3. Ammar

    Mata, nikmat yang seringkali orang lupa. Bila rabun baru nak jaga. Kepada sesiapa yang matanya ok lagi tu jagalah mata.. Satu nikmat yang tiada bandingannya.. Nikmat yang diberikan oleh Allah.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *