Kursus Pra-Perkahwinan Yang Menyeronokkan

By | November 17, 2013

Assalamuaikum dan salam sejahtera.

Hari ini dah tamat kursus pra-perkahwinan sejak beberapa tahun bertangguh. biasalah kerja kan.

Kali pertama pergi ke sana, rasa memang gabra sebab tengok ramai yg umur dah hampir 30-an (tengok kat tandatangan kehadiran je). Masa pendaftaran semalam hampir penuh dalam dewan tu, padat sepadat-padatnya (tak sampai tak boleh lalu pulak).

Aku tengok semalam dan hari ini, aku anggarkan 50/50 dalam dewan.

Dah daftar dapatlah fail yang mengisi Buku “Memasuki Gerbang Perkahwinan Edisi Kedua” yang diterbit pada tahun 2008. selain tu kertas jadual kursus sepanjang 2 hari dan peralatan alat tulis seperti pensel, pemadam, pen dan kertas periksa UPSR yang difotostet. (bunyi memang kelakar hehehe)

IMG_20131116_103248

IMG_20131116_111934

Sepanjang dua hari, ada masa amat mengantuk. Nak tau masa bila? Kalau dah pergi kursus akan tau bilanya.

Semalam aku bergelak ketawa dengan ceramah ustaz. nasib dia cover ayatnya, walaupun ada time kena berlucah.

Ada ustaz bersembang dengan kami “Seorang peserta (sebelum kami) menanyakan kepada beliau, apa yang sama antara kereta baru dan pengantin baru?” Apa dia cakap? Abis semua gelak ketawa. paham-paham jelah kan….

Dah habis sesi ceramah semuanya, terus peksa. aku pakat dengan member sebelah kanan dan kiri buat jawapan sama. last-last semuanya keputusan sama. Soalan yang boleh jawab kiranya.

Dah siap terus dapat sijil kursus. Alhamdulillah…

IMG_20131117_161747

Sapa-sapa nak, boleh jumpa saya berdepan (maksud saya tiada Private Message, WeChat, WhatsApp dan lain-lain).

Kiranya secara keseluruhan memang menyeronokkan, dan yang paling penting….

KERJASAMA!

hahaha

Kalau nak pergi kursus kahwin, boleh mengisi borang di Pejabat Agama terdekat anda dan jangan lupa bayar yuran ya…

psstt! dengar cerita tahun depan yuran lagi mahal dan tempoh kursus lagi lama. taktau betul tak.

4 thoughts on “Kursus Pra-Perkahwinan Yang Menyeronokkan

  1. Vee

    ramai sungguh yg sahut seruan . sampai nak penuh dewan . pengalam berguna …

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      memang padat tak terkira. pengalaman yg amat seronok dan perlu dihadam sebelum, semasa dan selepas pernikahan.

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *