Lesen Blog: Untung Lebih Nampak…

By | Jun 7, 2013

dipetik daripada Utusan Malaysia 5 Jun 2013

Media sosial perlu ada lesen

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my

Kiri Saharuddin Awang Yahya, Dzukarnain Taib

KUALA LUMPUR 4 Jun – Kerajaan diminta mewujudkan undang-undang baharu dengan mewajibkan pengendali media sosial serta portal berita di negara ini mempunyai lesen seperti di Singapura dalam usaha membendung budaya fitnah serta menghasut menerusi saluran itu.

Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, peraturan itu diyakini mampu melindungi pengguna media sosial daripada terpengaruh dengan penyebaran maklumat tidak benar serta berunsur hasutan.

“Jika semua portal perlu mempunyai lesen atau setidak-tidaknya berdaftar, pastinya lebih mudah kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita-berita palsu atau berbentuk menghasut.

“Sudah banyak negara yang melaksanakan peraturan seperti itu dan langkah tersebut dilihat berkesan dalam usaha membendung laman sosial menjadi ejen musuh bagi meruntuhkan kestabilan sesebuah kerajaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam berkata, kerajaan tidak akan terburu-buru membuat keputusan dan mencontohi penguatkuasaan dilakukan negara jiran itu dalam membendung budaya fitnah menerusi media sosial.

Baru-baru ini, Singapura menerusi Lembaga Pembangunan Media negara itu mengumumkan peraturan pelesenan bagi laman web berita termasuk portal Yahoo! tempatan akan tertakluk seperti dikenakan terhadap media tradisional.

Dalam pada itu, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzukarnain Taib juga menyokong sekiranya kerajaan mahu mewajibkan portal berita di negara ini didaftar atau dilesenkan.

Tegas beliau, langkah itu wajar dilaksanakan kerana terlalu banyak portal berita serta laman blog yang didapati aktif menjalankan aktiviti memecah-belahkan masyarakat serta menggugat kestabilan politik negara.

“Sudah tiba masanya bagi kerajaan bertegas bagi menghentikan budaya benci, fitnah dan tohmah daripada disebar luas oleh portal berita yang tidak beretika.

“Sehubungan itu, peraturan itu perlu diwujudkan supaya portal-portal berita lebih bertanggungjawab dalam menyalurkan maklumat bagi menjamin asas perpaduan kaum dan keharmonian negara terus terpelihara,” ujarnya.

Ulasan: Boleh buat, tapi jangan nak menguntungkan pihak lain, kat Malaysia nie banyak sangat cukai. Takkan media blog pun perlu lesen cukai?

6 thoughts on “Lesen Blog: Untung Lebih Nampak…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *