Lima Puluh Ribu Kilometer

By | November 12, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah lama yeop tak menulis, rasanya dah hampir seminggu yeop berdiam diri untuk seketika kerana sibuk sangat-sangat dengan aktiviti sekolah yeop. Biasalah, dah nak masuk cuti sekolah akhir tahun kan.

Hari ini, yeop telah menyambut perjalanan motorsikal yeop sebanyak lima puluh ribu kilometer (50,000 km).

074 (Copy)

Masa tu, yeop berada di tepi jalan yang berlatarbelakangkan sawah padi yang hijau dan segar. Yeop mula sedar apabila dah hampir 49,999.9 km dan macam biasalah, snap sikit.

075 (Copy)

Dah mencecah 50,000 km rupanya…

Macam yeop cakap tadi, yeop berhenti di tapak ke 50,000 km di tepi jalan yang berlatar belakangkan sawah padi. Ya, sangat segar dan menyeronokkan.

078 (Copy)

Ia adalah kenangan pertama yeop mencecah jarak motor yeop. Sebelum itu, yeop asyik terlepas dengan meter tu. Jadi, yeop ambil kenangan ini. Mana tau 50,000 km akan datang akan menjadi kosong semula. huhuhu

Jadi, selamat ke 50,000 kilometer motor yeop! hehehe

3 thoughts on “Lima Puluh Ribu Kilometer

  1. mrhanafi

    wah hebat sungguh ini..dan ia merupakan angka yang amat menarik..yeop nak beli motor baru ke..

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *