#SembangTelco cerita Info Informasi

5 Telco Prabayar yang Tawarkan Kouta untuk Kaki Streaming

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yeop suka melayari YouTube, JOOX dan Spotify semata-mata nak mendengar dan menonton di atas talian. Biasanya, yeop menonton dan mendengar pun pada waktu siang sahaja. Malam yeop dengar radio dari pemancar radio biasa.

Dekat ofis yeop memang tiada radio dan pemain MP3, sebab itu bila bosan-bosan yeop dengar dan tonton di laptop.

Yeop biasa juga membeli data secara atas talian, tetapi biasanya bila yeop streaming guna kouta yang diberi oleh penyedia telco. Tetapi kadang-kadang bila nak guna streaming, mesti kouta biasa ditolak. Itu yang membuat yeop gerammm je bila kouta dah tinggal sikit, nak guna FB dan blog pun rasa malas.

Yeop pun mencari telco prabayar yang sesuai untuk kaki Streaming macam yeop, dengan harga berpatutan.

Telco Prabayar untuk Kaki Streaming

  1. Digi LiVE(TM) Prepaid

Digi menawarkan prabayar khas untuk kaki streaming, iaitu LiVE(TM) Prepaid. Ia menawarkan 10GB selama 28 hari secara percuma, ia dibahagikan kepada 4 minggu (2.5GB selama 7 hari) untuk Streaming YouTube, Spotify atau JOOX. Apa yang menariknya, ia tak perlu langgan mana-mana kouta bulanan atau mingguan, sekadar topap dan terus streaming. Jadi, untuk anda yang mempunyai rangkaian Digi di kawasan anda, pelan ini sesuai untuk anda.

2. U Mobile Unlimited Power Prepaid

U Mobile tidak ketinggalan menawarkan pelan untuk kaki streaming, iaitu Unlimited Power Prepaid. Menariknya dengan pelan prabayar itu, ia menawarkan Music-ONZ (Spotify, JOOX atau Smule) tanpa had dan YouTube tanpa had. Tetapi anda perlu melanggan terlebih dahulu pelan Internet yang ditawarkan serendah RM20 untuk sebulan. U Mobile memang terkenal dengan limpahan kouta Internet yang banyak, jadi apa salahnya anda langgan kan?

3. OOKYO Entertainment Pack Hybrid Prepaid

OOKYO di bawah rangkaian Maxis menawarkan Pek Hiburan (Entertainment Pack) secara percuma selama 30 hari, anda boleh berstreaming dari apps JOOX atau Spotify tanpa had tetapi anda boleh membeli kouta YouTube tanpa had serendah RM3.00 saja. Setiap penggunaan kouta tanpa had, mesti kena buka aplikasi OOKYO terlebih dahulu untuk mengaktifkan VPN-nya. Apa yang penting anda bayar RM30 sebulan (katanya tak termasuk GST). Ia ditawarkan hanya pengguna Android, pengguna iOS boleh kata “you kena tunggulah..”

4. Celcom XPAX Prepaid Walla

Celcom tidak ketinggalan menawarkan Streaming dengan nama Pelan Walla. Pelan Walla ini menawarkan streaming atas talian secara percuma dengan melanggan kouta 10GB hanya RM50 sebulan. Anda layak dapat percuma Music Walla (JOOX atau radio online) tanpa had. Ataupun anda boleh langgan 15GB hanya RM79 sebulan untuk mendapat kouta percuma 15GB Video Walla (YouTube atau iFlix). Anda juga boleh melanggan pakej Add-On serendah RM3 untuk Music Walla Tanpa Had atau RM20 untuk 15GB Video Walla. Pengguna XPAX bolehlah melanggannya dan streaming muzik tanpa had.

5. Maxis Hotlink Prepaid Music Unlimited

Maxis Hotlink sebenarnya main ‘nyorok-nyorok’ dengan pelanggannya. Mana tidaknya, ramai pengguna tak tau Hotlink menawarkan streaming muzik tanpa had serendah RM1.00 sehari. Mereka tawarkan Muzik Tanpa Had untuk aplikasi JOOX atau Spotify dan aplikasi radio popular Malaysia. Pengguna Hotlink pasti main tepuk dahi kan. Kesian..

Kesimpulan

Penggunaan Streaming yang makin meluas membuat pengguna mencari telco prabayar yang mampu milik dan harga berpatutan, dengan mementingkan kawasan yang menyokong talian sedia ada di Malaysia. Nak langgan Unifi Broadband dan Unifi Home, memang tak mampu.

Bagi yeop, yeop memilih Digi dan U Mobile sebagai talian khas untuk streaming muzik dan video. Hal ini kerana rangkaian yang agak ‘boleh tahan’ dengan harga yang lebih murah dari telco lain.

Telco lain, mungkin akan dipertimbangkan dari masa ke semasa.

Pilihan di tangan anda, yeop sekadar bagitau apa yang yeop tahu dan pernah guna. Kalau ada penambahan apa-apa, komen saja di bawah.

Yeop Maz
Lifestyle Blogger and Influencers. Hubungi yeop di yeopmaz@gmail.com atau mssg.me/haiyeop untuk permintaan promosi, review atau event berbayar.
https://yeopmaz.com

4 Replies to “5 Telco Prabayar yang Tawarkan Kouta untuk Kaki Streaming

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *