Telefon Satelit Android Pertama di Dunia – Magic Xplore X7

By | November 14, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru-baru ini, syarikat dari Malaysia iaitu AdvanceTC Group (ATC) melancarkan Magic Xplore X7 dengan fungsi panggilan satelit pada telefon pintar Android.

Mengikut sumber dari Lowyat.net, ia dianggap sebagai telefon pintar satelit dikuasakan Android pertama di dunia bersaing dengan Thuraya X5-Touch.

Kalau ikutkan pada laman web mereka, harga pra-tempah yang mereka letak dalam anggaran RM4,128 dengan hadiah percuma, iaitu telefon pintar Xplore X6L. Itupun mereka dah tolak lima puluh peratus (RM8,240).

Tetapi, mereka pun mula jual di Indiegogo dan katanya dah mencecah USD800,000 (anggaran RM 3.35 Juta) dan boleh dikatakan mereka mula menjual dengan tanda harga RM3,343 mengikut kempen Indiegogo.

Harga yang diletak boleh cakap lebih murah dari iPhone XR atau Samsung Note 9.

Telefon Satelit ini sesuai untuk mereka yang bekerja di laut atau di hutan yang sukar mendapat signal telefon atau waktu kecemasan.

 

Tengok video yang mereka review tu, macam menarik perhatian semua orang. Bukan apa, telefon pintar sebegini sukar untuk didapati dan terlalu “advanced” untuk golongan seperti yeop.

Bagi yeop, negara kita sedang mencari alternatif untuk menggantikan radio amatur yang telah digunakan lebih dari 100 tahun. Sekurang-kurangnya penggunaan telefon satelit dapat menarik perhatian pengguna akhir, terutama mereka yang bekerja luar kawasan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *