Mahar Bukan Hantaran

By | Oktober 1, 2012

Maksud mahar ialah :Pemberian wajib drp suami kepada isterinya disebabkan akad nikah

Hukumnya : Wajib selepas sahaja sempurna majlis akad nikah

Maksud firman Allah Taala di dlm Surah An Nisa ayat ke-4
” Berikan lah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin mereka sebagai pemberian yg wajib jika mereka suka hatinya berikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya ,maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian ( halal) itu sebagai nikmat yg lazat lagi baik kesudahannya

Maksud sabda Nabi s.a.w
” Drp Sahal bin Said r.a berkata ,sabda rasulallah s.a.w Lihatlah mahar walaupun sebentuk cincin besi ” riwayat : Al Bukhari

Islam tidak menetapkan kadar mahar yg wajib diberikan oleh suami kepada isterinya .Terpulang kepada kemampuan suami . Perbincangan dan saling bertolak ansur di antara kedua-dua pihak dlm menetapkan mahar yg rendah dan berpatutan adalah satu perkara yg baik dan digalakkan

Islam juga tidak menetapkan bentuk mahar yg wajib diberikan itu ,Mahar boleh saja dlm bentuk nilai wang ( seperti di negara kita , mahar telah ditetapkan oleh pihak yg berwajib cth mahar bagi perempuan yg belum berkahwin sebanyak RM 80.00).mahar juga boleh saja dlm bentuk cincin ,anting-anting ,kereta ,mengajar ilmu , pekerjaan dsb , asalkan mahar itu memberi manfaat kepada isteri.

Jangan salah faham ,mahar tidak serupa dengan wang hantaran , mahar tidak serupa dengan barang – barang hantaran ,mahar tidak serupa “dengan serba satu “. Mahar adalah wajib dan selain itu terpulang kepada kedua-dua belah pihak utk menentukan apa yg menjadi ” tambah nilai ” dan hukum ” tambah nilai ” itu adalah harus .

Jenis -jenis mahar

Terbahagi kepada 2 bahagian
MAHAR MISIL

MAHAR MUSAMMA

Mahar misil ialah kadar yg ditentukan mengikut kadar mahar saudari-saudari perempuan yg sudah berkahwin cthnya :

En. Ismail mempunyai 2 anak perempuan ,

Anak perempuan pertama namanya Syuhada dan sudah berkahwin dan maharnya RM 600.00

Anak perempuan ke -2 namanya Hidayah dan belum berkahwin , pada suatu hari datanglah Mahmud meminangnya dan En .Ismail berkata kepada Mahmud ,mahar Hidayah adalah seperti kakaknya Syuhada.

Penetapan En Ismail berkenaan mahar anaknya Hidayah serupa dengan kakaknya Syuhada dikenali sebagai MAHAR MISIL

Mahar Musamma ialah mahar yg disebutkan di dlm akad dan dipersetujui oleh ke dua-dua belah pihak .cthnya
Keluarga Sulaiman datang ke rumah En Zainal untuk meminang anak perempuannya dan lamarannya diterima ,di dlm perbincangan sebagai persediaan majlis perkahwinan kedua-dua belah keluarga bersetuju menetapkan mahar perkahwinan sebanyak RM 500.
Diringkaskan kisah ,semasa majlis akad nikah nilai RM 500. itu disebut ketika melafazkan ijab dan qobul. Inilah dikenali sebagai mahar musamma

# Di antara Hikmah mahar ialah

1. Menzahirkan penerimaan suami terhadap isterinya

# Jika kita lihat seseorang lelaki yg bercinta kepada seorang perempuan , bukan setakat Selat Melaka lelaki itu sanggup mengharunginya bahkan Selat Inggeris pun dia sanggup mengharunginya . Belum lagi pemberian hadiah demi hadiah pada setiap bulan atau lebih kerap lagi . apakah yg boleh kita fahami drp pengorbanan seorang lelaki itu terhadap kekasihnya . jawapannya ialah lelaki itu sedang menzahirkan penerimaan terhadap kekasihnya . begitu juga fungsi mahar tadi .

2.Dapat mengurus dan menyediakan keperluan rumah tangga dengan baik

# Penyediaan mahar adalah satu ujian kepada seorang lelaki samada gagal atau lulus dlm aspek penyediaan keperluan rumah tangga . sekiranya lelaki itu tidak mampu menyediakannya bermaksud dia gagal akan ujian itu ,sekiranya lelaki itu meneruskan perkahwinannya itu berkemungkinan dia akan gagal dlm pemberian nafkah kepada isterinya.

3.Bermulanya tanggung jawab suami terhadap isterinya

# Seorang lelaki yg baru bergelar suami ,selepas sahaja majlis akad nikah itu selesai seperti biasa , suami itu akan menemui dan memberi mahar kepada isterinya. Pemberian tersebut merupakan simbol tanggung jawab seorang suami terhadap isterinya yg baru bermula .Selepas itu perkara yg sama berulang-ulang tanpa henti sehingga salah seorang drp mereka meninggal atau pun pasangan itu berpisah. cuma ketika itu pemberian itu dikenali sebagai nafkah .

sumber daripada TanyaUstaz.blogspot.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *