#DuniaKereta cerita Info Informasi

Mainkan Peranan Anda, Jadilah Pemilik Kenderaan Bertanggungjawab

Kongsi Entri Ini di

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sering kali kita mendengar berita kemalangan kenderaan di jalan raya dalam siaran televisyen atau laman web. Sering kali kita mendengar juga kemalangan itu berpunca kepada sikap pemandu kenderaan sendiri. Bukan nak membawang, semuanya dimaklumkan oleh pihak Polis sendiri dengan statistik yang sangat menakutkan kita sendiri.

Yeop sendiri tidak suka mengalami kemalangan yang teruk disebabkan yeop mengalami kejutan yang sangat teruk. Walaupun kita memandu secara sopan-santun mana sekali pun, kita akan terkena juga dengan sikap pemandu lain. Kadang-kadang yeop terpaksa mengelak sesuatu benda seperti serpihan tayar lori, jalan rosak dan kecuaian pemandu jalan raya sendiri. Untuk mengelakkan kemalangan jalan raya yang lebih teruk, beberapa perkara yang perlu kita buat untuk memastikan kenderaan kita dalam keadaan baik.

Setiap pemandu kenderaan di Malaysia (terutamanya kenderaan berat) perlu mengambil berat dan ambil kisah dengan sikap bertanggungjawab kepada kenderaan yang dipandunya. Lagipun, semua orang (tidak kisahlah membawa kenderaan buruk ke, kenderaan mewah ke) bertanggungjawab dengan semua sistem kenderaan yang dipandu oleh anda.

Tiada Penyelenggaraan Kenderaan

Tahukah anda, lebih 44,000 kemalangan terjadi disebabkan tiada penyelenggaraan pada kenderaan?

Ya, sikap tidak menyelenggara kenderaan menjadi punca utama selepas sikap pemandu sendiri.

Punca-punca kecil termasuklah brek yang tidak ditukar atau rosak, stereng longgar dan tayar botak boleh dijadikan punca berlakunya kemalangan yang luar diduga.

Selain itu, minyak enjin yang tidak ditukar mengikut jadual yang ditetapkan dan masalah penyerap hentakan (shock absorber) yang rosak juga menjadi punca utama kemalangan berlaku.

Perkara-perkara yang disebutkan menjadi isu utama kepada sikap pemandu sendiri yang mengabaikan kenderaan yang dipandunya dan bakal menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Apa yang perlu anda lakukan?

Apa yang perlu anda lakukan seperti berikut :

  1. Penyelenggaraan berkala, digalakkan membuat penyelenggaraan ringkas seperti menyemak air di radiator, takat minyak enjin dan angin tayar minimum seminggu sekali.
  2. Penyelenggaraan mengikut jadual, digalakkan menukar minyak hitam mengikut jadual yang ditetapkan dan membuat pemeriksaan berkala di Puspakom atau Pusat Servis berdekatan dengan anda.
  3. Rujuk kepada pakar bertauliah jika berlaku masalah berkaitan kenderaan anda supaya tidak berlaku masalah-masalah lain yang timbul semasa di tengah jalan raya.

Tahukah anda, insurans premium yang kita miliki mengambil kira kesemua risiko yang kita alami termasuklah cermin pecah disebabkan oleh kecurian atau pekerja pemotong rumput. Jika kenderaan kita terbakar disebabkan pihak tidak bertanggungjawab, kita akan dapat mengurangkan bebanan kewangan kita dengan adanya insurans premium yang kita beli.

Jadi, peranan anda sebagai pemandu kenderaan sangat berat dan perlu diambil perhatian yang sangat jelas supaya anda dan pengguna lain berada dalam keadaan selamat semasa memandu, ala macam Adibah Noor buat dalam video ni.

Kenderaan yang tidak diselenggara secara teratur mungkin tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan boleh mengakibatkan kemalangan.

Ingat, selenggara kenderaan penting untuk selamat di jalan raya. Ambil masa untuk semak kenderaan anda, jangan jadi “Sudah terhantuk baru terngadah” dan “Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

Untuk mengetahui dan memilih pakej yang disediakan oleh pihak Takaful dan Insurans kenderaan anda boleh melayari laman web www.piam.org.my atau www.malaysiantakaful.com.my

Yeop Maz
Lifestyle Blogger and Influencers. Hubungi yeop di yeopmaz@gmail.com atau mssg.me/haiyeop untuk permintaan promosi, review atau event berbayar.
https://yeopmaz.com

One Reply to “Mainkan Peranan Anda, Jadilah Pemilik Kenderaan Bertanggungjawab

  1. kita berhati-hati tapi org lain yang salah kita yang kena.
    lagi penting kena la selalu periksa kondisi kereta dgn kerap dan pergi service ikut masa yang telah ditetapkan oleh pengeluar..bukan saja menyelamtkan nyawa tapi selamat poket

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *