cerita cinta kahwin

Majlis Akad Nikah dan Bersanding Yeop Maz dan Namia Cinta

Kongsi Entri Ini di

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rasanya dah lama tak menulis entri di blog ini, sebab yeop sibuk dengan majlis pihak perempuan. Apapun, semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

Pertemuan Pertama Yeop dan Mia

Seperti sedia tahu dari kalangan blogger, yeop bertemu dengan Mia buat kali pertama di Sepetang Bersama Blogger 2014 lepas, semasa yeop berada di Gerik Perak. Sebenarnya yeop terpikat dengan dia sebab dia nampak lincah dan comel masa tu. Tak pandang orang lain dah.. Huhu

Pandangan yeop pada Mia, buat kali pertama rasa dia ni seorang pembuli. Taulah, yeop blur masa tu sebab datang seorang. Masa tu dok bersembang dengan Boni Kacak atau Hasrul Hassan masa tu, dia datang terus siku (hampir sebenarnya) ke kepala yeop.

Yeop kata dalam hati, “Apahal budak ni? Tak bagi salam terus siku kepala yeop.”

Masa tu jugak yeop dapat iPhone 5C hasil mengumpul kad blog dari perjumpaan pertama itu.

Selepas tiga atau empat bulan lepas perjumpaan itu, yeop berhubung kembali dengan Mia. Pada asalnya yeop menempah baju blog “I AM YEOPMAZ” dari dia. Tapi entah, yeop tiba-tiba terjatuh hati dengan Mia. Lagipun kebetulan yeop dah bertukar tempat kerja ke Sabak Bernam Selangor atas sebab menjaga arwah mak.

Dah lama macam tu, yeop mula bersembang secara peribadi pada hari lahir dia tahun 2014. Dua hari berturut-turut sembang pasal semuanya sampailah kami mengikat sebagai pasangan kekasih dua hari selepas hari lahir dia.

Cabaran sebagai Pasangan Kekasih

Cabaran yeop untuk menyesuaikan diri dengan dia adalah perangai dia. Yap, dia nampak kasar pada wataknya tapi biasalah nama pun perempuan, pasti ada kelembutan pada hatinya.

Setelah yeop bersabar sehingga tiga (3) tahun, yeop mula nak mengikat janji sebagai suami-isteri. Nasib baiklah dia sanggup tunggu yeop kerana dia sayangkan yeop sepenuh hati sama seperti diri yeop sayangkan dia.

Bila abah mula buka mulut pasal kami…

Alkisahnya macam ni. Dua hari selepas arwah mak meninggal abah yeop mula bertanya pasal hubungan kami.

Abah : “Makwe kamu sihat ke?”

Yeop : “Sihat je..”

Abah : “Kamu dah cukup duit nak kawin dengan dia?”

Yeop : Diam seketika

Biasanya, arwah mak jaga yeop dari semuanya termasuklah kewangan, walaupun yeop boleh menguruskan sendiri. Tapi biasalah, mak ayah kita pasti risau dengan keadaan kita.

Lepas tu, abah asyik tanya pasal dia. Macam berminat je dengan cerita kami.. Barulah abah tetapkan tarikh jumpa dia di Sungai Besar.

Dah sampai satu tarikh tu, yeop bawa Mia jumpa abah. Sembang punya sembang, abah kata “Abah tak kisah dengan kamu, asalkan kamu dapat jaga dia sampai akhir hayat kamu. Abah tak nak kamu berdua bercerai hidup, biarlah jadi macam arwah mak.”

Bermulanya Proses Mengikat Janji dan Hubungan

Selepas tarikh perjumpaan Mia dan abah yeop, abah pula membalas berjumpa dengan keluarga Mia di Subang Jaya, bersama-sama dengan yeop dan adik perempuan yeop.

Macam Mia tulis dalam status Facebooknya, yeop sendiri tak sangka apa yang yeop impikan tercapai jugak. Yelah, yeop pun dah tak mampu menanggung lama-lama. Apapun biarlah cerita lama itu padam dan buang dalam ingatan kami berdua.

Bayangkan, tiga bulan proses semuanya. Ingat lama ke? Kejap sangat.

Tapi semuanya berjalan dengan lancar, dari proses mengisi borang daftar nikah sehinggalah majlis bersanding. Semuanya berjalan dengan baik.

Semasa Majlis Pertunangan Mia dan Yeop

Ya, inilah gambar majlis pertunangan kami pada 31 Ogos 2017. Sengaja pilih tarikh itu kerana ia hari cuti umum.

Selepas semuanya selesai, baru kami menghadap majlis Ijab dan Qabul antara kami berdua di Masjid Jamek Fastabiqul KhayratBatu 3 Shah Alam sebulan selepas kami bertunang.

Yeop sengaja memilih tarikh lahir dia kerana yeop ni seorang pelupa. Ingat hari lahir diri sendiri je. Hahaha sabar jelah.

Tetapi yeop menganjak tarikh kepada dua hari selepas hari lahir dia kerana waktu tu cuti hujung minggu.

Semasa Majlis Ijab dan Qabul Yeop dan Mia. Tengok muka macam mana? Gugup wehh..

Alhamdulillah, dengan dua kali lafaz (sebab kesilapan sebutan ‘nya’ pada ‘nikahnya’, patutnya sebutan pada ‘mas kahwinnya’) yeop menjadi hak milik Mia sampai bila-bila.

Majlis Persandingan Mia dan Yeop #miamazriwedding

Selesai semuanya, kami terus ke Dewan MBSA Seksyen 25 untuk majlis persandingan kami berdua.

Gambar dari Cahaya Diana Studios

Bertemakan bunga sakura dan ungu, majlis kami berjalan dengan lancar. Ya, sebenarnya yeop gembira dipertemukan dengan isteri yeop yang memahami perangai yang agak menyakitkan hati dia, tapi yeop cuba buat terbaik untuk dia.

Pelamin dan hiasan direka oleh Dsanding Zurayz (boleh tengok Instagram dia @dsandingzurayz) dan makanan disediakan oleh Abg Chaq Catering (ikuti mereka di Facebook.com/abgchaqcatering) serta goodies-goodies pun disediakan oleh keluarga Mia.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Penutup

Ramai dah sangka, hubungan kami berdua terikat sejak perjumpaan Sepetang Bersama Blogger 2014 lepas. Tapi kami menafikannya sehingga kami membuat pengumuman rasmi di Facebook dan Instagram.

Ada sebab kami merahsiakan hubungan kami. Tapi biarlah kami merahsiakan kenapa.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang hadir masa majlis kami berdua, antaranya Mama Jue, Kak Sue Sopian, Kak Akma Omar dan Kak Sheda, Tuan Denaihati, Tuan Muiez yang sanggup datang dari Sungai Besar, Mak Juariah, yang paling penting adalah Kak Diana.

Antara blogger yang tak hadir tapi tulis entri kami adalah Mizi Sempoi dan Tuan Hasrul Hassan.

Terima kasih juga dengan doa kalian semua, yeop harapkan terbaik untuk keluarga yang yeop bina. Semoga pembinaan ini kukuh hingga akhir hayat kami, insyaAllah.

Yeop Maz
Lifestyle Blogger and Influencers. Hubungi yeop di yeopmaz@gmail.com atau mssg.me/haiyeop untuk permintaan promosi, review atau event berbayar.
https://yeopmaz.com

12 Replies to “Majlis Akad Nikah dan Bersanding Yeop Maz dan Namia Cinta

  1. selamat pengantin baru utk yeop dan mia..

    kami tersalah dewan MBSA.. terpegi ke dewan MBSA dalam bangunan MBSA tu.. hadoiii… mistake tak check bebetul lokasinya.. ape ape pon, semoga tabah dan sabar hadapi pelbagai abaran berumahtangga baik dari sekecik zarah dan sebenar lautan.. gituuuu…

    anyway, happy for u gais!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *