fakta ke auta Info Ramadhan dan Syawal

Masih Wujudkah Malam Tujuh Likur?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setiap kali 10 hari terakhir bulan Ramadhan setiap tahun, ada beberapa rumah (terutama kawasan kampung dan taman perumahan) memasang pelita tradisional dan elektrik untuk memeriahkan lagi suasana tersebut. Ia dikenali sebagai Malam Tujuh Likur.

Tapi masih wujudkah Malam Tujuh Likur?

Maksud Malam Tujuh Likur

Malam Tujuh Likur adalah sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan, dikatanya mengambil hari ke 27 Ramadhan (dikatakan juga adalah malam Lailatul Qadar tetapi disangkal oleh beberapa ulama’) dan waktu itu digalakkan memasang pelita-pelita di sekeliling jalan-jalan ke masjid atau surau. Ia juga memberi galakan kepada mereka yang mahu menambah amalan-amalan yang akan diterima oleh Allah seperti membaca Al-Quran, solat tengah malam atau Qiyamullail di mana-mana masjid atau surau.

Amalan ini kebiasaannya dibuat oleh penduduk kampung yang tidak mempunyai lampu-lampu jalan sekitarnya dan di hadapan rumah.

Fakta mengenai Malam Tujuh Likur

  1. Kebiasaannya mereka memasang pelita di sekitar rumah atau sekitar jalan ke masjid atau surau.
  2. Kebiasaanya mereka akan menggunakan pelita minimum 5 bekas pelita.
  3. Ia sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah.
  4. Mewujudkan suasana ‘berjaga malam’ untuk beramal ibadah. Malam tidak gelap gelita lantaran ada orang yang bangun untuk beramal ibadah; maka mereka memasang pelita lampu untuk tujuan memudahkan aktiviti dan urusan di malam hari.

Masih Wujudkah Malam Tujuh Likur?

Mengikut peredaran masa, Malam Tujuh Likur sebenarnya tidak diketahui oleh warga muda dan anak-anak kecil. Yeop berterus terang, yeop tak tahu adanya Malam Tujuh Likur.

Mungkin sebabnya begini:

  1. Perubahan suasana dari kawasan kampung kepada kawasan bandar besar atau sederhana.
  2. Penggunaan gajet oleh anak-anak.
  3. Kebiasaannya ibu bapa memasang pelita disebabkan oleh anak-anak yang mahu bermain bunga api atau mercun.
  4. Fakta mengenai Malam Tujuh Likur yang bercampur-aduk.

Jadi, masih wujud Malam Tujuh Likur pada zaman sekarang ini?

Anda boleh kongsikan di komen bawah ini.

Yeop Maz
Lifestyle Blogger and Influencers. Hubungi yeop di yeopmaz@gmail.com atau mssg.me/haiyeop untuk permintaan promosi, review atau event berbayar.
https://yeopmaz.com

5 Replies to “Masih Wujudkah Malam Tujuh Likur?

  1. Salam.. saps tak truja kan… ok, pada pndapat sya la kan, maklumat ini perlu diberi pendedahan kepada golongan muda yang tidak pernah mengetahui atau tidak faham mengenai malam tujuh liku. Sejauh manakah kebenaran malam tujuh liku ini? Ada sebarang dalil?

  2. Salam.. saps tak truja kan… ok, pada pndapat sya la kan, malam 7 likur ni mmg wujud pun. especially ianya dah jadi budaya orang kita di Malaysia ni betul tak? 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *