Mengenai Blog

Content Protection by DMCA.com

Blog ini telah dibuka pada September 2007, sempena pembukaan e-mel Yahoo dan Gmail. Dibuka tanpa sengaja apabila yeop melihat mereka berblog pada masa tu. Masa tu jugak facebook tak fames lagi, cuma MySpace, Friendster ada. 🙂

Dengan nama “Ceritaku Di Mana-Mana Saja…”, yeop mula bergiat menulis pada Mei 2008. Pada tahun tu jugak, yeop banyak bertumpu kat isu semasa, dan kerap bertukar tajuk dan link blog.

Selepas 2 tahun yeop menulis yeop melihat follower yeop tidak naik-naik, yeop nekad memadam semua entry itu, dan mula menulis semula dengan menumpukan kepada cerita diri yeop.

Dan masa itu jugaklah, yeop mula bergiat menulis untuk diri sendiri. Setakat tahun lepas, yeop dah bertukar link sebanyak 5 kali (tak ingat), saja suka-suka. dan yeop dah letak link asal. yeop juga sering bertukar nama blog, sampai mengelirukan ramai pembaca yeop. Akhirnya, yeop membuat keputusan menggunakan nama asal.

Kini, blog yeop hampir maju ke hadapan, dengan menggunakan hosting sendiri, bekap utk apa-apa jadi kat blogspot. Terkini, domain www.khairilmazri.com digunakan di blog ini, hampir selama 3 tahun dan mempunyai hosting sendiri sejak 2 tahun lepas di bawah Hosting Rajawali Dot Com. Baca entry di sini dan di sini. Selain itu, blog di blogger masih dikekalkan dengan domain www.khairilmazri.net.

Beberapa kejayaan telah berlaku semenjak berpindah hosting, antaranya adalah mendapat cabutan bertuah pada Sepetang Bersama Blogger 2014 dan memasuki akhbar Harian Metro.

Akhirnya yeop menukar nama “Ceritaku Di Mana-Mana Saja…” kepada “Khairil Mazri Dot Com” disebabkan pelarasan domain blog dan nama blog serta penjenamaan semula.

Setelah yeop menggunakan domain dan jenama Khairil Mazri Dot Com hampir setahun, mulai 1 Ogos 2015 nama asal yeop tak digunakan lagi, digantikan kepada Yeop Maz Cerita Pasal… dengan domain yeopmaz.com, serta pelarasan kesemua akaun laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Linkedin, Pinterest dan lain-lain. Hal ini dilakukan untuk lebih ramai mengenali yeop lebih dekat.

Cari saja nama yeop di Enjin Carian Google. Jumpa juga nanti.

Harap sangat-sangat, blog yeop terkenal seperti femes blogger, Insya-ALLAH 🙂

Content Protection by DMCA.com

6 comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *