Menjadi Angkasawan Hanya Dua Saat Saja!

By | November 8, 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anda pasti ingat dengan Angkasawan Pertama Malaysia, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pada tahun 2007. Anda pastinya teruja dengan beliau. Yeop sendiri teruja sangat masa tu.

Di China pula, mereka membina satu platform untuk merasai naik di angkasa.

space-2

Dilaporkan oleh Facebook CCTV News, dalam tapak permainan (seperti Taman Ria – Fun Fair) di Shunde City, Wilayah Guangdong mereka membina platform untuk pelancong dan warga tempatan merasai ketika naik di angkasa.

Hal ini bersempena dengan pelancaran Angkasa Lepas Shenzhou-11 pada Oktober lepas.

Mereka hanya memakai sut angkasa sebelum memasuki slot kapsul yang dilekat dengan kabel kuat. Kemudian, mereka dinaiki ke atas angkasa dalam 32 meter selama dua saat sebelum berputar 360 darjah.

Nampak macam menarik kan…

space-3

space-4

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *