Menulis Kerana Minat atau Ganjaran?

Kongsi Entri Ini di

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah lama tidak menulis #LuahanHati di blog ini.

Sebab apa.. bila difikirkan semula, yeop sendiri sudah lari kepada niat sebenar yeop membuka blog yang hampir 10 tahun lepas.

Sebenarnya begini..

Yeop tertarik dengan satu nukilan dari Cikgu Joe Satun di Facebooknya. Alkisahnya, nukilan beliau telah disiarkan di laman Careta.my berkaitan beliau membantu rakyat Malaysia bila berlaku kecelakaan di tempatnya.

Nukilan beliau telah disiarkan di Facebook dan blog Careta.my

Apa yang yeop menarik dengan entri ini, beliau membantu rakyat Malaysia, tidak kira bangsa atau agama (point paling utama).

Nukilan asal dari Karlisa Latisya (cikgu joe) sebelum editor Careta.my (Hezeri Samsuri) menulis semula di blognya.

Sebelum kejadian itu, nukilan beliau banyak disiarkan di Careta.my. Banyak tips dan info yang bermanfaat untuk pembacaan rakan-rakan rider dan yeop sendiri, dengan penulisan yang santai.

Selepas kejadian yang berlaku itu, ramai orang (kebanyakan dari rider-rider dan pelancong Malaysia) meminta bantuan dari beliau.

Apabila ramai yang menanyakan tentang penulisan beliau di blog Careta.my, ini jawapan beliau.

Bila artikel Cikgu Joe Satun dikongsikan melalui www.careta.my , ramai yang bertanya. Berapa careta.my bayar untuk cikgu joe ?

Aku jawab free. Aku menulis kerana minat. Aku nak cerita kat hangpa, aku selalu kenang jasa careta.my Hezeri Samsuri editor Careta yang banyak memperkenalkan cikgu joe dimata orang Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Bila yeop renungkan semula, rupanya yeop telah mengabaikan tujuan sebenar yeop membuka blog dan entri yang yeop bina setiap hari.

komen yeop mengenai status beliau. Sumber dari Facebook

Sempena ulang-tahun yeop di Internet ke sepuluh (10), yeop akan membina semula penulisan yang yeop sering lupa dan leka dengan niat sebenar yeop menulis di blog ini.

Kalau difikirkan balik dengan ganjaran, yeop rasanya amat sukar kerana minat yang mendalam kepada blog dan penulisan yeop sendiri.

Beberapa kali yeop cuba mendapat ganjaran melalui blog, tetapi sukar dan susah. Rupanya yeop berniat kerana minat yang mendalam dalam penulisan blog.

Mungkin orang lain dengan cara mereka, tapi cara yeop bukan macam cara mereka. Itu bukan yeop.

Terima kasih kepada Karlisa Latisya (Cikgu Joe) kerana ingatkan yeop dan rakan-rakan yang membaca ini. Semoga kita berada di jalan yang benar, insyaAllah.

3 comments

  1. Saya menulis kerana itu dah hobi yang sekian lama..

    Bakat memang tak de pun..

    Bahasa kasarnya hantam saje la labu..

    Saya punya blog tak de bos

    1. bakat tu boleh digilap.. macam barang kemas, lagi gilap lagi cantik.

      tapi apapun, menulis pun bukan untuk dapatkan ganjaran..

      untuk sesetengah orang, mereka ada blog untuk dapatkan ganjaran (komisyen).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *