Minyak Petrol Dari Plastik

By | Jun 28, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai antara di negara luar membuat insentif lain, selain menggantikan minyak petrol yang semakin sedikit di atas bumi ini. Antaranya adalah kereta elektrik, kereta oksigen (ada ke?) dan banyak lagilah.

Tahukah anda bahawa di negara Palestin mereka mencipta bahan terbuang daripada plastik?

*****

minyak-plastik

Berita | Tukar dari Plastik ke Petrol di Gaza?

Ibrahim Soboh dari Gaza telah membina sebuah loji berteknologi tinggi dengan hanya menggunakan peralatan asas untuk menukar plastik kepada minyak petrol. Beliau mengambil masa hanya 7 bulan untuk menyiapkan kilang mini beliau.

Pengepungan Israel ke atas Gaza telah menyebabkan kesusahan dan kesengsaraan kepada lebih 1.8 juta penduduknya dan sumber utama yang terjejas adalah minyak petrol. Kesempitan ini membawa kepada beberapa idea kreatif dari mereka sebelum ini dan ini adalah tekonologi terbaru yang dihasilkan.

Ibrahim Soboh enggan mendedahkan rahsia ciptaannya tetapi berkata idea itu datang apabila beliau mengetahui bahawa plastik dibuat dari bahan api dan hasil buangan di Gaza yang utama adalah plastik.

Menurut beliau lagi, setiap 1.5 kilogram plastik akan memberikan satu liter bahan api dan hasil ini dapat digunakan untuk menjana elektrik, kereta dan mesin-mesin yang lain. Beliau juga sedang mencari penderma untuk mendirikan kilang yang lebih besar dan percaya bahawa teknologi ini dapat menyelesaikan 2 masalah utama iaitu menggalakkan kitar semula dan membantu krisis bahan api di Gaza.

Hebat bukan?

sumber berita: Facebook Aqsa Syarif dan Middle East Monitor

 

*****

Andaikata kita sebagai rakyat Malaysia mampu membuat sebegini, yeop sangat respek 100% kerana ia hasil dari negara kita. Lagi yeop respek 1000% kerana ia buatan negara Islam.

Jadilah kreatif, hidup mesti inovatif, kerjaya mesti dihormati.

Sekian, Wassalam.

10 thoughts on “Minyak Petrol Dari Plastik

  1. Izzuddin Fauzi

    Sebenarnya dah banyak alternatif untuk minyak – tapi satu teknologi pun tak diaplikasikan… Sebab, rugilah Oil and Gas – jadi memang kalau ada pun macam tak ada…

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *