Misteri Bulan Terbelah Dua!

By | November 25, 2012

Kisah bulan terbelah dua, bukan ilusi atau khayalan. Ia bukan sihir & silap mata. Malah ini adalah kisah yang benar-benar berlaku. Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa seketika dulu bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dijalankan apabila gambar-gambar yang dirakamkan oleh satelit dan teleskop menunjukkan terdapat garisan rekahan pada bulan.

NASA telah menghantar 3 angkasawanya untuk kajian yang lebih terperinci tentang bulan . Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bahawa bulan pernah terbelah dua.

Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu.

Saksikan video ini sebentar….
http://youtu.be/q5FZb-GoaAc

Bulan terbelah dua pada zaman Rasulullah S.A.W adalah kisah benar yang dirakam dalam Quranul Karim iaitu dalam satu surah yang Allah namakan sendiri Suratul Qamar (Surah Bulan).

Allah berfirman:
“Sungguh telah dekat Hari qiamat, Dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)”

Memang ada hadis yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya bulan di zaman Nabi S.A.W. masih di Mekah. Hal ini terjadi ketika kaum musyrikin ‘mencabar’ Nabi untuk menunjukkan bukti kenabiannya dengan meminta membelah bulan.

Ini adalah beberapa di antaranya:
Hadis daripada Abdullah bin Mas’ud ra., Ia berkata: Bulan terbelah menjadi dua pada masa Rasulullah saw., Lalu Rasulullah saw. bersabda: Saksikanlah oleh kalian. (Shahih Muslim No.5010)

Hadis daripada Anas ra.: Bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah saw. untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah saw. memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)

Hadis daripada Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada zaman Rasulullah saw .. (Shahih Muslim No.5015)

Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah Munawarah. Orang-orang musyrik berkata, “Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang boleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek)?

Rasulullah bertanya, “Apa yang kamu inginkan?” Mereka menjawab, “Cuba belah bulan …” Rasulullah pun berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah agar menolongnya. Lalu Allah memberitahu Muhammad s.a.w agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan dan terbelahlah bulan itu dengan sendirinya. Serta-merta orang-orang musyrik pun berkata, “Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!”

Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir, memang benar boleh saja “menyihir” orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak boleh menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan.

Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama dari perjalanan menuju Mekah, orang-orang musyrik pun bertanya, “Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?” Mereka menjawab, “Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masing-nya kemudian bersatu kembali … “

Maka sebahagian mereka pun beriman, dan sebahagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar). Oleh kerana itu, Allah menurunkan ayat-Nya: “Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, mereka pun ingkar lagi berpaling seraya berkata, “Ini adalah sihir yang terus-menerus “, dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap … (sampai akhir surah Al-Qamar).

Peristiwa bulan terbelah ini memang benar berlaku dan wajib dipercayai. Walaupun ada yang mempertikaikannya kerana bertentangan dengan ilmu sains namun muzjizat Rasulullah tidak dapat dibuktikan dengan kaedah saintifik. Seperti juga mukjizat Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang mati juga bertentangan dengan ilmu pengetahuan manusia.

Peristiwa bulan terbelah bukan saja disaksikan oleh penduduk Mekah tetapi juga dilihat oleh penduduk di seluruh semenanjung Tanah Arab. Apabila mereka datang ke Mekah menceritakan pernah melihat bulan terbelah kemudian bercantum semula.

Sekiranya ada yang mempertikaikannya, tidaklah menghairankan kerana Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempertikaikannya walau mereka melihat dengan mata sendiri peristiwa bulan terbelah itu.

Pengunjung-pengunjung bulan yang terdiri daripada angkasawan Amerika Syarikat & Rusia, pernah merakamkan gambar di atas bulan yang menunjukkan kesan rekahan besar di atas bulan, mengelilingi bulatan sebesar bulan itu. Gambar yang diambil telah tersiar pada beberapa akhbar dunia & disiarkan dalam sebuah majalah tempatan kita yang bernama al-Hunafa isu 2009/2010 di bawah tajuk ‘Splitting of the Moon’ yang bermaksud bulan terbelah. Oleh kerana telah disedari bahawa jika dibesar-besarkan cerita tersebut & diketahui umum bulan terbelah dua, dengan kesan yang nyata, maka akan terbukitilah satu lagi bukti yang paling nyata & kuat.

Sumber: Ustaz Dr. Harun Din Al-Hafiz.

What could cause a long indentation on the Moon? First discovered over 200 years ago with a small telescope, rilles (rhymes with pills) appear all over the Moon. Three types of rilles are now recognized: sinuous rilles, which have many meandering curves, arcuate rilles which form sweeping arcs, and straight rilles, like Ariadaeus Rille pictured above. Long rilles such as Ariadaeus Rille extend for hundreds of kilometers. Sinuous rilles are now thought to be remnants of ancient lava flows, but the origins of arcuate and linear rilles are still a topic of research. The above linear rille was photographed by the Apollo 10 crew in 1969 during their historic approach to only 14-kilometers above the lunar surface. Two months later, Apollo 11, incorporating much knowledge gained from Apollo 10, landed on the Moon.

sumber lain
http://www.hoax-slayer.com/moon-split-miracle.shtml
http://en.wikipedia.org/wiki/Rille
http://www.thunderbolts.info/tpod/2006/arch06/060315rille.htm

Dongeng-dongeng tentang bulan terbelah ini boleh kita dapati pula dalam haiku (dongeng Jepun).

Cerita bulan terbelah dua ada dalam manuskrip hindu di India yang menceritakan bahawa terdapat bulan terbelah dua dan tarikhnya sama dengan kewujudan …

Namun cerita mengenai ini tidak akan kita dapatkan dalam legenda-legenda di Amerika atau Eropah. Kemungkinan besar tidak adanya cerita ini adalah pada saat peristiwa tersebut, di belahan bumi tersebut orang-orang memang tidak dapat melihat bulan. Mengapa? Karena saat itu.. Siang hari.

Lihatlah sekarang, dalam zaman sains & teknologi, amat terbukti dengan paparan yang begitu nyata bahawa bulan meninggalkan rekahannya di sepanjang lilit bulatannya, menandakan benarnya mukjizat yang telah berlaku ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Inilah satu bukti nyata bahawa mukjizat nabi-nabi yang terdahulu, semuanya telah hilang kesan, sedangkan mukjizat Nabi Muhammad S.A.W, dengan Al-Quran sebagai kepala segala mukjizat boleh dilihat & dilihat sehingga sekarang. Ini membuktikan bahawa Islam adalah agama Allah yang benar. Wallahu a’lam!

sumber dari facebook

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *