MLM vs Halal: Jangan Main-Main!

By | Januari 21, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

halal

Mungkin kome ingat lagi dengan entri yeop lepas. Yeop malas nak menyatakan sesuatu mengenai benda alah ini, tapi ia melibatkan kepada umat Islam di Malaysia, yeop terpaksa ceritakan juga walaupun yeop sendiri tak pernah masuk perniagaan tu.

Penafian yang sangat menafikan: Yeop tiada terlibat pada syarikat atau downline atau upline tertentu. Jadi, kome semua jangan menyatakan sesuatu yang tak pasti dari yeop.

Isu Halal di Malaysia semakin teruk, mungkin dah lama berlaku. Kome pernah dengar dengan pemalsuan sijil atau logo? Kome memang dengar kan. Ini yang membawa masalah kepada kome sendiri.

Di entri Bersama Mazidul beberapa hari lepas, beliau memberitahu bahawa ada satu syarikat di Malaysia menggunakan logo Halal yang telah tamat tempoh hampir beberapa tahun, tapi masih menggunakannya untuk perniagaan mereka.

Dalam facebook pun sama, yeop sangat menarik dengan status Sahabat Halal yang mengatakan mengenai syarikat tersebut. Mungkin kome tau sendiri kan, kan kome pandai cerdik akal 🙂

Yang menghairankan yeop, ramai dikalangan ahlinya mempertahankan barangan tu sampai menyerang facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan ahlinya adalah MELAYU.

Dah tunjuk bukti dalam Sistem Mesej Pendek (SMS) JAKIM menyatakan tiada pembaharuan sijil Halal Malaysia.

Benda tu tak boleh main-main.

JAKIM sendiri tak kacau bisnes mereka, tapi lihatlah ramai bangsa Melayu mempertahankan syarikat yang tidak pernah memperbaharui sijil tersebut.

So, yeop sendiri tak mahu ulas lebih lagi, kome bolehlah baca di entri Mazidul dan blog dan facebook Sahabat Halal.

Bagi yeop, kita sebagai pengguna mempunyai hak untuk menentukan makanan atau minuman yang kita makan atau dibuat adakah halal atau tidak. Jadi, fikirkanlah.

Pesanan yeop: Jangan main-main!

Oklah, yeop nak rehat. Wassalam.

Oh ye, dah sampai facebook Sahabat Halal jangan lupa baca komen ya… Memang hangat tak terkata!

2 thoughts on “MLM vs Halal: Jangan Main-Main!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *