Bagaimana Nak Ada Mood Kerja Lepas Cuti Panjang

Kongsi Entri Ini di
Content Protection by DMCA.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dah cuti lama sangat kan, mesti nak kerja pun jadi malas tahap meroyan. Hahaha

Macam yeop jugaklah, dahlah kena kerja lepas cuti panjang gila. Pastu mood malas je. Rasa nak cuti lagi je..

Tapi, taklehlah buat kerja kalau mood cuti ada lagi walaupun badan dah dok kat pejabat.

Sabar jelah.

Apapun yeop nak bagi tips untuk anda, bagaimana nak ada mood kerja lepas cuti panjang. Ikuti tips di bawah ni.

#1. Rancang kembali tugas-tugas
– tentukan keutamaan kerja yang perlu dilangsaikan dahulu hari ni.

#2. Beri masa pada diri
– jangan terus stres fikir kerja yang bertimbun. Ambil masa lakukan kerja mudah dulu sebelum pecut melakukan tugas besar.

#3. Berikan senyuman
– Kalau ya pun tiada mood, jangan masam muka, ceriakan suasana dengan senyuman pada rakan sekerja. Berkongsi cerita percutiaan mungkin mampu mengembalikan mood selain mengakrabkan hubungan.

#4. Elak buat keputusan besar
– mood tidak keruan pada masa ini jadi ada baiknya jangan buat keputusan besar kerana dibimbangi keputusan itu dipengaruhi mood.

#5. Makan makanan sihat
– bila bercuti anda mungkin makan macam-macam tanpa fikir diet tapi dah mula bekerja anda perlu jaga kembali pemakanan supaya tubuh sihat dan cergas untuk menjalankan tugas.

Harap sangat dengan tips ni, bolehlah anda datang mood kerja yang makin hari makin belambak. Sabo jelah ye.

Okeylah, selamat bekerja, jangan malas-malas pulak. Huhu

Tips dipetik dari Forum Cari.com.my

Content Protection by DMCA.com

3 comments on “Bagaimana Nak Ada Mood Kerja Lepas Cuti PanjangAdd yours →

  1. cuti panjang memang seronok tapi bila nak mula kerja semula memang akan ada satu perasaan malas tu. kena pandai manage emosi juga lah nampaknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *