Mass Rapid Transport (MRT) Sungai Buloh – Semantan

By | Januari 2, 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum yeop menulis panjang, yeop nak mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2017 kepada semua pembaca blog yang yeop kasihi. Diharap dengan tahun baharu ini, azam dan impian anda akan tercapai nanti, InsyaAllah.

Google menyambut Tahun Baharu 2017 semalam

Yeop tak suka cakap panjang, kalau terperam mesti jadi basi.

Pada 25hb Disember 2016 lalu, yeop berpeluang menaiki tren Mass Rapid Transport (MRT) dari Sungai Buloh ke Semantan.

Kepada pembaca yang tidak tahu apa itu MRT, meh yeop jelaskan kepada anda.

Mass Rapid Transport atau dipendekkan sebagai MRT adalah satu tren yang menghubungkan antara bandar-bandar tertentu yang berpusat dari Kuala Lumpur ke beberapa tempat yang ditargetkan sebagai tempat tumpuan orang ramai.

Ia bermula dari Sungai Buloh ke Kajang (SBK) dan ia akan bersambung antara tren-tren yang terdekat seperti KTM, LRT dan MRT Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya Line.

Ia sebenarnya untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di sekitar Kuala Lumpur dan memantapkan lagi penggunaan tren-tren di Malaysia. Dan ia sebenarnya penambahbaikan kepada sistem tren yang telah wujud hampir 10 tahun yang lalu.

Stesen yang akan disinggah setiap 10 minit adalah Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Doktor Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan.

Untuk pengetahuan anda, disebabkan pembinaan MRT bandar baharu telah wujud seperti Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Surian dan Phileo Damansara. (Jika yeop salah, mohon betulkan di komen ini)

Pengalaman menaiki tren MRT Sungai Buloh  – Semantan

Yeop berjaya menaiki tren MRT dari Sungai Buloh ke Semantan dengan percuma sehingga 16 Januari 2017. Pengalaman ini sangat menarik untuk difahami dan perlu penambaikan untuk masa depan.

Yeop tiba di Stesen MRT Kampung Selamat, Sungai Buloh untuk merasai menaikinya. Untuk pengetahuan anda, yeop menggalakkan anda meletakkan kenderaan anda di Stesen KTM Sungai Buloh kerana Stesen MRT Kampung Selamat tidak mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi.

Sesampainya di sana, yeop terus memasuki ruang utama yang menempatkan tempat pembayaran token dan Touch n Go. Disebabkan ia percuma, tempat pembayaran ini tidak berfungsi.

Untuk pengetahuan anda juga, tren ini menerima token dan kad Touch n Go sahaja. Jika tak ada kad Touch n Go, MyKad anda pun boleh digunakan tetapi perlu menambah-nilai dahulu.

Dah check-in di tempat sentuh pintu masuk, anda akan menuju ke tingkat atas untuk menaiki tren. Ia mempunyai dua platform, ia bergantung kepada tempat yang anda ingin dituju.

Contohnya, jika anda dari Sungai Buloh ingin menuju ke Pusat Bandar Damansara, anda perlu menaiki Platform 1 : Kajang. Anda jangan tersalah naik Platform sudahlah.

Untuk kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas, lif khas disediakan untuk mereka.

Tren yang menuju ke Semantan telah tiba, anda cuma menunggu ia berhenti dan membuka pintu di cermin sisi. Sebenarnya cermin sisi ini perlu ada supaya tidak berlaku gelinciran atau terjatuh di landasan tren.

Dah masuk dalam ini, yeop ameklah gambar keadaan di dalam tren itu.

Yeop berdiri guna tiang pun rasa sakit. Tapi memuaskan hati kerana kelajuannya tidak laju sangat, tidak perlahan sangat. Anggaran kelajuan dalam 60km/j. Dengan kemudahan yang sangat selesa dan menarik untuk warga emas dan OKU.

Bila yeop kembali ke Sungai Buloh melalui Semantan, ramai yang naik sampai penuh tren.

Memang tak sangka, Rakyat Malaysia sukakan tren Percuma. Taktaulah lepas 16hb Januari nanti macam mana.

Bayaran tiket untuk MRT Sungai Buloh – Semantan

Yeop baru melayari laman web www.mymrt.com.my dan mencari bayaran tiket untuk MRT Sungai Buloh ke Semantan. Yeop dah meneliti dan mengira harga tambang yang dikenakan mulai 17 Januari 2017.

Bagi yeop, harganya lebih kurang seperti tol lebuh raya biasa. Cuma jaraknya agak pendek dan semestinya tidak berbaloi dengan harga.

Harga Tambang mulai 17 Januari 2017 (Tunai dan TOUCH ‘N GO)

Tiket berikut boleh digunakan untuk Fasa 1 MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK):

Single Journey Token (Kereta api MRT) : token perjalanan sehala (biru) boleh dibeli dari mesin layan diri tiket yang terletak di semua Fasa 1 stesen MRT SBK. cara yang sah untuk perjalanan tunggal pada hari keluaran.

Konsesi Token (Kereta api MRT) : Diskaun 50% ke atas tambang akan diberikan kepada warga emas, pelajar dan orang kurang upaya (OKU- didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat / JKM). Tambang konsesi ini hanya boleh dibeli di Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di semua stesen. pembeli perlu menunjukkan kad pengenalan, kad pelajar atau kad OKU mereka untuk mendapatkan tambang diskaun. Pembeli akan diberi tanda merah konsesi.  

Touch ‘n Go (MRT Trains & Feeder Bas) : Anda boleh membeli Touch ‘n Go di semua Pejabat Perkhidmatan Pelanggan MRT SBK atau di mana-mana Touch’ n Go pejabat perkhidmatan pelanggan. Anda perlu menambah-nilai sekurang-kurangnya RM3.00 kepada semua pengguna kad Touch ‘n Go apabila memasuki stesen.

Pada masa ini, kad MyRapid yang tidak boleh digunakan di Laluan SBK. Kad ini sedang dinaik taraf secara berperingkat-peringkat dan harus boleh digunakan apabila Fasa Dua daripada Line SBK dibuka. Ini termasuk produk tiket seperti MyRapid Smart 7 dan MyRapid Smart 30, yang tidak boleh digunakan di Laluan SBK.

Sila ambil perhatian bahawa kanak-kanak di bawah 7 tahun boleh melakukan perjalanan secara PERCUMA di MRT dan bas feeder.

Kesimpulan

Pengalaman yeop menaiki tren Mass Rapid Transports (MRT) dari Sungai Buloh ke Semantan membuat penempatan baharu yang dibuka kepada warga Sungai Buloh dan terdekat. Pengalaman ini hanya sekali saja seumur hidup, yelah naik tren percuma bukan?

Nampaknya, orang yang berada di Kuala Lumpur dan terdekat dapatlah merasai kemudahan baharu yang disediakan oleh syarikat Rapid.

Lagipun banyak jugak kelebihan yang dikumpul di dalam kemudahan tersebut, cuma perlukan penambahbaikan dari segi kemudahan di dalam bangunan tersebut.

Apapun, anda mempunyai masa sehingga 16 Januari ini untuk merasai menaiki tren MRT secara percuma.

#JomNaikMRT

8 thoughts on “Mass Rapid Transport (MRT) Sungai Buloh – Semantan

  1. Ezad Skytech

    Nanti bila dah siap semua stesen sampai Kajang baru naik MRT ni…nak merasa naik dari stesen Sungai Buloh ke Kajang…sekarang ni relaks dulu…hehe

    Reply
  2. Scha Nazri

    Boleh dating dari mula stesen sampai ke hujung stesen hahahahaha #DateIdea

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *