Mudahnya Bayar Zakat Fitrah Online di Selangor

By | Mei 25, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Biasanya kita membayar zakat fitrah melalui amil yang ditauliahkan oleh Lembaga Zakat Negeri-negeri. Adakalanya nak mencari peluang untuk berjumpa dengan amil pun mengambil masa yang agak lama. Biasalah, balik kerja terus jumpa Bazar (Pasar) Ramadhan atau dipanggil oleh netizen PaRam.

Pun bolehlah.

Keterangan mengenai Zakat Fitrah, boleh klik di sini.

Okey, sebenarnya yeop nak terangkan mudahnya membayar zakat fitrah secara atas talian. Ia selamat, mudah dan cepat. Ia sesuai untuk mereka yang malas nak bersinggah di masjid atau surau (alasan..) atau asyik lupa nak bayar zakat fitrah sampai nak tunggu saat-saat akhir.

Yeop telah mencuba salah satu laman web yang menyediakan bayaran zakat atas talian (termasuk Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan) iaitu laman web ZakatSelangor.com.my.

Yeop merasakan sangat mesra pengguna dan mudah menguruskan laman web ini dengan mudah dan pantas.

Bagaimana untuk menggunakan dan membayar melalui laman web tersebut?

Mudah je, tak perlu daftar apa-apa.

1. Pergi ke laman web www.zakatselangor.com.my dan klik “Bayar Zakat”

2. Dalam halaman “EZakatPay”, anda dikehendaki mengisi maklumat yang diminta. Di bahagian “Jenis Pembayaran”, anda boleh pilih untuk Zakat Harta atau Zakat Fitrah. Anda pilih Zakat Fitrah.

Ingatan : Bayaran Zakat di laman web ini hanya minimum RM10 (Zakat Harta) atau 2 kupon (Zakat Fitrah) pada satu masa. Jadi, kalau nak bayar sorang-sorang, baik jumpa amil je.

3. Seterusnya, ia akan keluar maklumat yang kita isi untuk pengesahan. Jika maklumat tepat, teruskan pembayaran anda.

4. Bayaran ini memerlukan akaun yang telah di-link-kan dengan laman web bank seperti Maybank2u atau CIMBClicks atau lain-lain laman web perbankan atas talian. Dan pastikan akaun mencukupi untuk meneruskan pembayaran ini. Anda juga boleh membayar guna JomPay, tapi mengambil masa yang agak lama.

5. Yeop pilih bayaran dari Maybank2u, teruskan pembayaran sehingga selesai.

6. Selesai kesemuanya, anda akan menerima slip bayaran zakat dari Lembaga Zakat Selangor.

Rekod pembayaran anda akan diterima dalam masa 14 hari waktu bekerja. Sementara itu, anda boleh menyimpan slip melalui PDF hanya guna butang Ctrl + P dari Google Chrome dan pilih “Save as PDF” dan simpan.

Mudah bukan?

Suka nak dikatakan, ia boleh bayar zakat fitrah melalui MyEG, Maybank2u, CIMBClicks untuk negeri-negeri tertentu.

Antara yang menyediakan perkhidmatan pembayaran Zakat online adalah:

Untuk negeri lain yang tidak mempunyai bayaran tersebut, anda boleh menggunakan Amil terdekat dengan anda untuk bayar secara manual.

Baiklah, sekadar itu saja yeop berkongsi. Jika ada pertanyaan, boleh komen di bawah atau guna borang Hubungi Yeop dengan tajuk : Mudahnya Bayar Zakat Fitrah Online di Selangor.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *