Recommend Review: Mudahnya Beli Rumah

By | Januari 1, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mudahnya Beli Rumah

Akhirnya dah habis satu buku mengenai Mudahnya Beli Rumah tulisan Azizul Azli Ahmad yang kacak. Sebenarnya buku ini sangat sesuai untuk pembaca yang ingin membeli rumah pertama seperti yeop. Kenapa?

Biodata Azizul Azli Ahmad

Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Seni Bina Dalaman, Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur. Selain mengajar dalam bidang Seni Bina Dalaman, beliau juga pelabur yang aktif dalam bidang hartanah. Mula membeli kediaman pertama pada usia 25 tahun sebelum membeli kereta, beliau aktif melabur dalam hartanah bermula dari tahun 2012 apabila mula membeli hartanah lelongan. Hasilnya beliau memiliki ‘beberapa’ kediaman impian untuk dijadikan sebagai trofi pelaburan. Beliau menjadikan pelaburan hartanah ini sebagai dana pendidikan dan harta untuk diwariskan serta sebagai punca pendapatan pasif keluarga. Di masa akan datang bakal menjadi wakaf untuk dana ‘ke hadapan’.

Isi Kandungan

Dalam buku Mudahnya Beli Rumah banyak menceritakan pengalaman beliau menjejakkan kaki kali pertama dalam hartanah lelongan dan hiasan rumah yang menarik perhatian pembaca buku, seperti anda semua. Dari bermulanya ‘zero to hero’, bayangkan beliau banyak menceritakan beberapa tips khas kepada pemilik rumah kali pertama. Betul kata orang, mahalnya rumah sekarang ini. Bayangkan rumah teres setingkat pun mencecah RM150k tapi anda pernah terfikir tentang rumah lelong?

Dalam buku tersebut juga banyak tips untuk melabur di tanah yang anda beli dari subsale (ini yeop cuba tanya kepada tuan punya penulis) dan rumah lelong. Selain itu, dalam buku ini banyak tips untuk menetapkan kedudukan yang wajib anda disewa kepada sasaran utama di setiap tempat. Dalam buku itu juga banyak menceritakan di sekitar Perak seperti Ipoh, Bandar Seri Iskandar dan Batu Gajah. Banyak menggunakan ayat abang kacak dan adik manis membuat yeop tergelak seketika dan terus menyambung semula membaca.

Nak tau lebih lagi, belilah buku di Abang Ensem atau Azizul Azli Ahmad.

Pandangan Yeop

Buku ini sangat sesuai untuk newbie seperti yeop yang baru berjinak-jinak dalam bidang hartanah. Dengan pembacaan yang santai dan mudah difahami, anda pasti ingin membaca lagi walaupun sudah habis satu buku. Bayangkan yeop baca hanya mengambil masa 30 minit untuk memahami dan bergelak keseorangan. Buku Mudahnya Beli Rumah sangat disyorkan, yeop bagi 5 bintang di langit.

Penutup

Setakat ini saja yeop menulis. Yeop harap anda wajib membeli buku Mudahnya Beli Rumah, 6 Rumah Setahun untuk pembacaan yang sesuai dengan keadaan rumah sekarang ini. InsyaAllah dengan ilmu ini yeop dan anda juga bakal menjadi seperti beliau dan orang yang hebat.

Sekian, Wassalam.

Nota: Dalam buku ini menyebutkan pasal buku ‘Poor Dad, Rich Dad’ tulisan Robert Kiyosaki. Cari buku ini dan perlu hadam kedua-dua buku ini.

5 thoughts on “Recommend Review: Mudahnya Beli Rumah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *