Nak Berkahwin … ini langkahnya

By | Oktober 1, 2012

Langkah Pertama

Melihat / merisik
Islam mengharuskan seorang lelaki melihat perempuan yg bakal dipinangnya /dikahwini . Anggota tubuh badan yg harus di lihat ialah muka dan tapak tangan . Islam mengharuskan perbuatan ini kerana memberi kepuasan kepada bakal suami supaya rumah tangga yg didirikan kekal bahagia .seperti sabda rasulallah s.a.w yg bermaksud

“ Drp Abu Hurairah r.a berkata ,sabda rasulallah s.a.w kepada seorang lelaki yg hendak berkahwin dengan seorang perempuan ,adakah kamu telah melihatnya ? . Jawabnya tidak ,pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan. Riwayat Tarmizi dan Nasai

# nota

– Dicadangkan ketika merisik /melihat seseorang lelaki /wakilnya hendaklah merisik /menyiasat salur galur keturunannya supaya dapat memastikan yg perempuan itu bukan mahramya atas sebab keturunannya /susuan/perkahwinan.

– Juga dicadangkan supaya dipastikan bahawa perempuan itu sehat dan bebas drp sebarang penyakit merbahaya supaya kelangsungan rumah tangga berjalan dengan aman dan bahagia walaubagaimanapun sekiranya seorang lelaki itu reda maka tidak mengapa baginya mengkahwini perempuan tersebut.

– Juga sebagai cadangan ,untuk memudahkan urusan anak-anak yg ingin berkahwin ,ibu bapa hendaklah digalakkan menetapkan wang hantaran yg rendah/ringan dan berpatutan .apa yg penting di sini ialah mereka berdua selamat drp melakukan perkara yg keji iaitu zina .

Langkah ke dua

Meminang
Apabila telah bersetuju utk menjadikan perempuan itu sebagai isterinya ,maka diadakan pula upacara peminangan

Meminang : ialah menzahirkan keinginan seseorang lelaki untuk berkahwin dengan seorang perempuan dengan memberitahu hasratnya itu kepada perempuan tersebut atau walinya samada secara langsung atau melalui perantaraan .

Hukum : sunat

Apabila seorang perempuan telah dipinang oleh seorang lelaki maka haramlah lelaki lain datang meminang perempuan tersebut. Seperti sabda nabi s.a.w yg maksudnya

“ Drp ibnu Umar r.a bahawa rasulallah bersabda ; Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga ia memutuskan .” Riwayat Bukhari dan Muslim

# nota

Seorang lelaki dan perempuan yg telah bertunang ,masing –masing hendaklah menjaga pergaulan ,jikalau sebelum ini seorang lelaki itu mempunyai ramai kawan perempuan maka dia hendaklah mengurangkan hubungan itu kecuali dlm hal-hal yg penting sahaja supaya tidak wujud rasa syak dan wasangka pihak perempuan dan juga sebaliknya

Seseorang yg bertunang samada lelaki dan perempuan hendaklah membuat persediaan iaitu melengkapi diri dengan ilmu-ilmu agama dan kemahiran –kemahiran yg asas seperti mampu menjadi imam solat kepada isterinya ,mengetahui ilmu fardu ain , kemahiran memasak ( bagi perempuan), kemahiran memikat isteri/suami adab-adab melakukan persetubuhan dan perkara-perkara asas yg lain

Selepas diterima lamaran itu barulah lelaki dan perempuan terikat dengan tali pertunangan .semasa bertunang hubungan lelaki dan perempuan tersebut mestilah mengikut batasan syara’ sehinggalah mereka berdua selamat diijab kabulkan barulah dihalalkan apa yg sebelum ini diharamkan .

Ciri-ciri bakal suami/isteri
Seperti mana yg dijelaskan didlm hadis yg maksudnya :

Drp Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w bersabda : wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya ,keturunannya,kecantikannnya ,dan agamanya,nascaya berbahagialah kamu.

# hadis ini juga boleh digunakan untuk memilih bakal suami.

Nota

Digalakkan ketika memilih isteri ataupun suami pilihlah yg kuat agamanya dan berakhlak dan pandai memasak ( perempuan ), percintaan adalah satu proses kepura-puraan ,setiap pihak mempamirkan kebaikan dan kesopanan terhadap pasangannya ,apabila berkahwin maka kebaikan dan kesopanan itu akan sirna dan muncul sikap /perangai yg sebenar ,kadang –kadang rumah tangga yg di bina itu rebah dlm masa hanya beberapa tahun sahaja.

Ciri-ciri yg lain

– Bukan drp kaum kerabat yg dekat
# Tidak digalakkan berkahwin dengan sepupu kerana pada kebiasannya anak yg akan lahir itu mempunyai akal yg agak lembab ( wallah a’lam )

– Sekufu
iaitu persamaan antara suami dan isteri dlm beberapa perkara yg tertentu yg mana kekurangannya boleh merosakkan keharmonian rumah tangga.

– # jangan berpura-pura bersetuju yg anda mempunyai banyak persamaan dengan pasangan anda semasa di alam percintaan kerana ia kan memakan diri anda sahaja , kerana selepas itu perkara yg anda sembunyikan akan timbul sedikit demi sedikit dan akan menjadi satu krisis rumah tangga

– Sebaik-baiknya belum berkahwin
# kerana seseorang yg belum berkahwin akan merasa puas dan reda terutamanya berkenaan hubungan suami isteri kerana mereka belum mengalami pengalaman tersebut berbanding orang yang sudah berkahwin ,walaupun ia tidak membandingkan secara lisan tetapi di dalam hatinya akan berkata dan membanding-bandingkan prestasi anda dengan suami yg lama ,ini tidak bermakna saya menghalang anda berkahwin denga duda atau janda

sumber daripada TanyaUstaz.blogspot.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *