Nasi Lemak Pandan Mieeza

By | Oktober 3, 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada hari Ahad lepas, yeop telah menjenguk sahabat blogger yang berniaga di depan Mid Point Shopping Plaza, Ampang, Selangor.

Apa yang menarik adalah Nasi Lemak Pandan Mieeza hasil masakan blogger SEO, Kamil Salleh a.k.a sensasi2020.com

Sebenarnya yeop pergi dengan Namia, kononnya nak pergi jumpa abang kesayangan kami. Lagipun kebetulan yeop nak pergi ke Kuala Lumpur. Alang-alang boleh jumpa beliau.

Yeop datang awal jugaklah, sebelum beliau buka gerainya di depan Mid Point Shopping Plaza. Selain itu, ada gerai lain juga buka. Ia termasuklah apam balik dan air minuman.

Sementara menunggu beliau buka gerai, yeop masuklah dalam Mid Point Shopping Plaza. Tempat tu sangat sepi, tidak banyak kedai yang dibuka. Tapi apa yang yeop tertarik adalah ada kedai jenama Apple Komputer yang yeop idam-idamkan. Walaupun laptop terpakai, tapi spesifikasi yang sangat baguslah buat yeop nak kumpul duit beli MacBook idaman.

InsyaAllah, kalau takde halangan apa-apa tahun depan yeop angkat satu.

Opssss, ayat kat atas ni baru permulaannya. Blom masuk isi lagi.

Nasi Lemak Pandan Mieeza

Sebelum ini, yeop asyik tengok rakan-rakan blogger yang datang ke gerai Kamil Salleh yang menyediakan Nasi Lemak Pandan Mieeza. Antaranya adalah Khir Khalid, Bro Framestone, Cik Pinz, Auni De Novella, Nadia Johari, Mahamahu dan Top SEO Friendly milik beliau.

Yeop sendiri terpikir, bila nak pergi ke sana…

Kebetulan pula, Namia yang ajak yeop pergi jenguk beliau. Yeop kata okey je. Lepas tu berpusinglah kami sampai ke Mid Point Shopping Plaza. Terima kasih kepada Waze kerana sudi menunjukkan jalan yang betul (sikitlah…)

Ya, yeop dapat jumpa balik beliau selepas perjumpaan blogger Sepetang Bersama Blogger 2014 dan 2016 lalu. Terubat rindu di hati beliau.

Beliau sangat teruja sampai yeop jadi serba salah pula. Ya, yeop sokong beliau dengan perniagaannya bersama anak-anaknya.

Pilihannya sangat banyak, sehingga yeop nak pilih apa yang yeop suka. Semuanya nampak sedap-sedap. Ada ayam goreng berempah, sambal sotong, ikan bilis, kerang, ikan keli… fuh, rambang mata yeop.

Dah setel pilih semuanya, kami pakat mengambil gambar kenangan yang kami dah sampai di sini.

yeop-kamil-nasilemakpandanmieeza

Layanan beliau sangat-sangat mesra, sampai yeop tak nak pergi je. Tapi tak bolehlah sebab yeop kena balik ke Sungai Besar lepas ni..

Terima kasih dengan layanan beliau sampai yeop susah nak lupakan semua ini.

Sedap ke Nasi Lemak Pandan Mieeza?

Lepas yeop balik dari Ampang, yeop berhenti di sekitar RnR. Disebabkan yeop dah biasa makan nasi lemak pada waktu malam, yeop makan je. Tak sempat amek gambar, Lapar punya pasal.

Yeop dapat rasa nasi lemak pandan itu, sangat harum dan sedap. Nasinya lembut, ayamnya lembut, sambal yang tidak pedas dan tidak manis membuat yeop kekenyangan.

Alhamdulillah, kenyang sangat sebab nasi lemaknya yang sedap. Berbanding dengan mereka bungkus terus, ia tidak keras dan sedappppppp.

Kiranya yeop tak perlu beli sebungkus lagi, sebab nasinya boleh dikira nak sedikit atau nak banyak. Dahnya, yeop balik ke Sungai Besar tanpa singgah ke kedai-kedai makan lagi.

Sebenarnya yeop suka dengan nasinya. Sampai yeop terbayang-bayang pula. Huhuhu

Lepas ni boleh beli lagi kat sana, sementara beli MacBook kegemaran yeop di Mid Point Shopping Plaza. InsyaAllah, yeop beli lagi kat gerai Kamil Salleh Nasi Lemak Pandan Mieeza.

Anda boleh mencuba Nasi Lemak Pandan Mieeza di alamat ini:

Depan Mid Point Shopping Centre,

Jalan Pandan Indah 1/25,

Pandan Indah,

55100 Kuala Lumpur

Waze: Mid Point Shopping Centre

Telefon: 013-9975122

3 thoughts on “Nasi Lemak Pandan Mieeza

  1. sensasi2020

    Salam Yeop…..

    Kenangan bersama Yeop dan Namia tidak dapat saya lupakan.

    Korang memang sporting, sanggup datang walaupun jauh demi sebuah persahabatan dan memberi sokongan pada abe kesayangan mu ini.

    Jutaan terima kasih buat Yeop yang sudi berkongsi berkaitan nasi lemak pandan Mieeza.

    Teruja bila Yeop kata nasi dan lauk saya sedap.

    Harapan saya, moga ada terluang, singgah lagi kat gerai saya.

    Lain kali nak ajak makan bersama…. jika ada datang lagi.

    Doakan agar perniagaan saya terus dikenali ramai, berjaya dan murah rezeki. Insha Allah…,

    Reply
    1. Yeop Maz Post author

      terima kasih dengan layanan abe, ya memang yeop suka sangat. suka tengok abe bersemangat dengan perniagaan abe.

      itulah orang kata, rezeki memang kita tidak nampak. bila ada semangat barulah ada usaha.

      yeop doakan perniagaan abe berjaya sampai bila-bila. sehingga ada rumah kedai sendiri. Aaminn.

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *