Jom Ulangkaji: Niat Puasa Ramadhan

By | Mei 26, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Esok adalah hari paling bermakna dalam hidup sepanjang tahun, iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Jadi dah sedia ke belum? Jika belum, siap sedialah dari awal. Apa yang penting dalam berpuasa adalah niat kerana Allah. Jadi, mari kita ulangkaji semula 🙂

puasa

Niat Puasa Ramadan – Jom Ulangkaji
Niat adalah salah satu rukun puasa. Jika sesorang itu terlupa untuk berniat puasa, maka puasanya TIDAK SAH.

Jika seseorang itu lupa berniat puasa, maka wajib ke atasnya imsak iaitu menahan diri daripada makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa serta wajib ke atasnya mengqadha puasa tersebut.

Niat ialah lintasan atau ucapan di dalam hati. Tidak sah niat jika diucapkan melalui mulut tetapi hatinya kosong. Niat boleh menggunakan apa-apa bahasa dan tidak semestinya bahasa Arab.

Jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie) berpendapat niat puasa mesti dilakukan pada tiap-tiap malam.
Niatnya ialah : Sahaja aku puasa pada esok hari dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

Mazhab Imam Malik berpendapat boleh berniat puasa untuk sebulan sekaligus iaitu pada malam pertama Ramadan. Berniat satu bulan penuh hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa sahaja. Tidak dikira niat sebulan penuh itu jika ia dilakukan pada malam berikutnya seperti berniat pada hari kedua puasa.
Niatnya ialah : Sahaja aku puasa sebulan dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

Menurut mazhab Syafi’ie, dibolehkan bertaklid kepada mazhab Maliki yang mengharuskan berniat sebulan sekaligus pada awal bulan. Tetapi niat harian masih MESTI dilakukan pada tiap-tiap malam walaupun sudah berniat sebulan. Ia hanya sebagai langkah berhati-hati jika ditakdirkan terlupa niat pada mana-mana malam dari Ramadhan. Dengan adanya niat sebulan itu, dapatlah dielakkan dari terbatal puasa kerana terlupa.

Kesimpulannya, menurut mazhab Syafi’ie, niat puasa MESTI dilakukan pada SETIAP MALAM. Ada pun niat puasa sebulan itu hanyalah sebagai langkah berhati-hati.

Wallahu ‘alam.

6 thoughts on “Jom Ulangkaji: Niat Puasa Ramadhan

  1. Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2013M

    Salam Ukhwah.. Marhaban Yaa Ramadhan, T.Kasih penulisan artikel yang berinformasi. Kepada sahabat semua, Selamat menunaikan Ibadah Puasa. Semoga setiasa dirahmati Allah di bulan yang penuh Mahrifah ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi informasi mengenai Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2013 yang dikeluarkan oleh JAKIM. Setahun sudah tak terasa, Bulan Ramadhan kembali tiba. Semoga yang dilalui dan dilakukan menjadikan kebaikan di bulan suci ini.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *