ORANG LELAKI JANGAN BACA TAU!

By | Februari 27, 2019

SYHHH.. ini untuk bacaan orang perempuan saja. Orang lelaki jangan baca tau.

Wahai kaum Hawa, korang nak tahu rahsia lelaki tak? Ini sebahagian fakta lelaki berdasarkan kajian yang dilakukan…

** Kajian mendapati, secara purata lelaki menghabiskan satu tahun kehidupan mereka hanya untuk merenung wanita. Huh, dasar lelaki!

** Kajian mendapati, lelaki menipu 6 kali sehari lebih banyak berbanding wanita yang hanya menipu 2 kali sehari. Huh, hampeh!

** Kajian menunjukkan kebanyakan kes bunuh berkaitan wanita yang berkahwin, sebabnya mati dibunuh oleh suami atau bekas suami. Eee…sadis!

** Satu kajian dibuat mengenai lelaki curang. Hasilnya, kajian itu mendapati lelaki yang tidak setia terhadap pasangannya mempunyai tahap IQ yang rendah. Kaum Hawa, anggaplah lelaki yang curang dengan anda itu seorang yang tidak cerdik ya.

** Lelaki berkepala botak dianggap lebih tinggi dan kuat berbanding lelaki yang mempunyai rambut. Ah, poyo!

** Secara purata, seorang lelaki menghabiskan 6 bulan hidupnya untuk mencukur wajah. (Mungkin waktu itu bertambah jika dapat kekasih gelap yang tak suka lelaki berjambang).

** Kajian mendapati lelaki yang mempunyai isteri yang menarik akan berpuas hati dengan kehidupan mereka selepas berkahwin. (Cis, nampak sangat menipu fakta ni. Kalau tidak, kenapa ramai wanita cantik tetap diceraikan)

** Kajian mendapati lelaki kurang kentut berbanding wanita. Ini kerana tubuh wanita lebih banyak mengalami kembung perut berbanding lelaki. (Ceh, lupa ke kentut siapa bunyi paling kuat antara lelaki dan wanita…)

** Apabila pakaian wanita menjadi ketat, wanita akan menganggap tubuh mereka sudah gemuk. Berbeza dengan lelaki, apabila pakaian yang dipakai sudah ketat, mereka akan anggap pakaian itu yang mengecut. Huh, lelaki… memang tak sedar diri kalau perut dah boroi, pakaian juga yang disalahkannya.

****************

Eh, eh… ada yang geram baca fakta di atas? Alah, yang geram tu mesti lelaki kan kan kan? Yeop dah pesan kat tajuk tu jangan baca. Tapi orang lelaki kan degil, nak juga baca.

Keh keh keh…

Dari Facebook X-Mastika

One thought on “ORANG LELAKI JANGAN BACA TAU!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *