Pakar Bisnes Online, Tolong Jawab Soalan Yeop!

By | Mac 3, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

tulis

Hari ini yeop dah buka page baru untuk menjual barangan alatan tulis seperti pensel, pen, pembaris, liquid paper dan lain-lain di dalam page Kedai Alat Tulis Yeop.

Ia akan dibuka pada 1 April 2014 memandangkan yeop masih cari modal untuk membeli barangan untuk dijual kepada semua.

Idea ini berlaku apabila yeop bersembang-sembang mengenai keadaan semasa kini, termasuklah cari income lebih. Yeop memang nak buat bisnes sendiri tapi bukan di bawah orang lain, seperti Multiple Level Marketing dan apa-apalah.

Sembang punya sembang, ada member bagi idea buat jualan alat tulis memandangkan semuanya beli secara talian. Walaupun hanya modal RM150 (anggaran yeop), tapi rasanya cukup nak mulakan peniagaan yeop.

Tapi satu benda yang perlu yeop nak tahu.

Bila kita jual dalam talian seperti Facebook dan blog, perlu ke ada lesen perniagaan sebab yeop hanya jual di rumah saja? Kalau ada bagaimana yeop perlu lakukan? Merujuk kepada siapa? Akan kena GST ke?

Tolong jawab soalan yeop… Yeop masih mentah dalam perniagaan online ni…

4 thoughts on “Pakar Bisnes Online, Tolong Jawab Soalan Yeop!

  1. Hasrul Hassan

    Baik ada, pertama sekali daftarkan perniagaan di SSM … dapatkan no. pendaftaran tu, Nak buat online pendaftaran ni pun boleh … hanya pergi ke laman web SSM, ambil e-lodgement ….. sebelum tu kena ada akaun dengan MyGov dahulu. Bila dah ada, pilih SSM dan pendfataran syarikat. Ada panduan disediakan.

    Baca panduan tu dan ikut je step-by-step. Daftar online kejap je siap. Leh print salinan daftar yang akan diemailkan. Dulu masa buat, tak sampai pun sehari… dah daftar perniagaan.

    Jika rasa macam tak mampu nak buat online… pergi ke mana-mana pejabat SSM daerah yang berdekatan.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *