Panduan Untuk Penunggang Motosikal Ketika Hujan

Kongsi Entri Ini di

Sekarang musim hujan yg membuatkan jalan menjadi licin. Tambahan keadaan jalan di Malaysia, kalau tidak berlubang bukanlah jalan namanya.

Justeru itu buat penunggang motosikal di luar sana anda dituntut lebih berhati-hati.

Keperluan penunggang motosikal semasa hujan adalah seperti :

  1. Baju Hujan
    – Warna cerah
    – Ada line pantul cahaya
    – Selesa
    – Kalis air
  2. Helmet visor cerah
  3. Kasut
  4. Glove
  5. Lampu hadapan
  6. Lampu brek
  7. Brek berfungsi depan/ belakang

1. Baju hujan

Pemilihan baju hujan perkara paling penting buat anda. Tidak salah melabur sedikit wang untuk mendapatkan baju hujan berkualiti. Lebih baik anda memilih baju hujan berbentuk jaket dan seluar. Jangan memilih bentuk jubah @ ponco kerana ia berisiko tersangkut pada rantai atau roda. Paling penting pilihlah warna baju hujan yang cerah agar boleh dilihat oleh pengguna lain. Jangan pula anda menggunakan payung ketika menunggang.

2. Helmet

Isu topi keledar mungkin dipandang remeh oleh rider. Tetapi ini adalah peralatan penting yang perlu ada saat menunggang sama ada hari cerah mahu pun hujan. Pada musim hujan ini adalah disarankan sekiranya rider di luar sana menggunakan helmet muka penuh @ visor yang cerah supaya apabila air hujan mencurah, mata dan wajah tidak terganggu dengan titisan air hujan.

3. Kasut

Ketika hujan yeop melihat ada rider menggantikan kasut mereka dengan selipar. Ini adalah merbahaya, terutama jika anda terjatuh atau terkena batu. Gunakanlah kasut kalis air atau sarung kasut anda dengan pelindung.

Sekiranya terpaksa menggunakan kasut, jangan meletakkan kaki di atas enjin. Terutama mereka yg menunggang kapcai. Ini kerana titik keseimbangan motor dan penunggang berubah, sekali gus mempengaruhi pengendalian motosikal.

4. Glove

Rider disarankan menggunakan glove. Pilih glove yang kalis air. Ini dapat memberikan cengkaman maksimum pada pendikit. Sekurang-kurangnya tidaklah tangan anda kecut setibanya di rumah.

5. Nyalakan lampu

Untuk anda hidupkan lampu motosikal adalah mandatori, apatah lagi waktu hujan, pastikan lampu hadapan/lampu brek berfungsi. Namun, jangan anda menyalakan lampu hazard kerana ini akan mengelirukan pengguna lain. Perkara ini selalu terjadi bagi mereka yang memandu kereta.

6. Meredah takungan air

Masalah air bertakung di ibu kota adalah perkara biasa. Apabila rider meredah laluan air bertakung, dinasihatkan agar menunggang dengan perlahan. Percikan air secara tidak langsung boleh menyebabkan anda hilang kawalan. Malah, tidak mustahil di bawah air akan ada lopak atau jalan berlubang. Maka, anda perlu lebih berhati-hati.

Dari Facebook Brotherhod Shah Alam

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *