Petua Untuk Menjadi Pengacara Majlis Yang Sentiasa Prihatin

By | Oktober 11, 2013
pengacara
Dalam mengendalikan sesuatu majlis, seseorang pengacara majlis harus kelihatan menarik dan cantik kerana pengacara majlis merupakan orang yang menjadi tumpuan dalam majlis tersebut. Namun begitu, sebagai seorang pengacara majlis, anda harus mengetahui serba sedikit pantang larang daripada segi berpakaian.

a. Seorang pengacara majlis sangat dilarang memakai pakaian berwarna kuning apabila mengendalikan majlis yang melibatkan golongan atau kerabat diraja.

b. Jika majlis yang dikendalikan dihadiri kerabat diraja dari negeri Perak, maka warna ungu juga dilarang daripada dipakai.

c. Begitu juga dengan kain songket. Jika anda mengendalikan majlis yang mungkin dihadiri oleh kerabat raja Negeri Sembilan, anda tidak boleh memakai pakaian berasaskan kain songket.

Jadi, sebagai pengacara majlis, anda harus pandai memadankan pakaian dengan majlis yang akan dikendalikan. Ingat, sebagai pengacara majlis, anda merupakan cerminan bagi pihak penganjur atau tuan rumah.

One thought on “Petua Untuk Menjadi Pengacara Majlis Yang Sentiasa Prihatin

  1. KongsiBlog

    bab pakaian saye xde masalah ,..tapi yang paling utama saye xbole nak bercakap bila jadi pengecara majlis..

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *