Pengalaman Mengajar Bina Blog di Sekolah

By | Jun 15, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di seluruh sekolah selain Kedah, Kelantan dan Terengganu (bermula mulai semalam). Alhamdulillah, setelah dua (2) minggu yeop dan rakan pekerja swasta bertungkus lumus mengecat semula dinding makmal komputer akhirnya semuanya berbaloi.

Pagi tadi, yeop telah diberi amanah untuk mengajar subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Tahun 5 dengan tajuk:

Membina blog

Dibantu oleh guru mengajar kelas tersebut, yeop telah memberi tunjuk ajar bagaimana hendak membina alamat emel gmail dan blogspot.

P/s: untuk pengetahuan pembaca, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan alamat emel untuk akaun YES 4G (akaun Frog VLE) kepada semua murid dan guru sekolah, tapi dalam kes ini akaun YES tidak boleh menggunakan blogspot dan membina blog sendiri atas sebab akaun tersebut di bawah YES. Jadi, yeop digalakkan menggunakan akaun Gmail untuk membina blogspot.

p/s 2: tajuk ini telah diletakkan sebagai silibus pada subjek tersebut tetapi tidak lengkap dan banyak diambil dari laman web luar negara berbahasa inggeris. sebab itu yeop mengajar kepada murid-murid tadi.

Yeop memberi tips bagaimana hendak membuka akaun Gmail secara mudah, tetapi ada satu kesilapan dan ralat pada akaun Gmail iaitu pengesahan melalui telefon.

Majoriti murid-murid tahun 5 tidak menggunakan telefon dan tidak mempunyai nombor telefon bimbit. Jadi, sedikit ralat untuk mengesahkan alamat emel kita di situ.

Lagi satu, akaun Gmail boleh dibuka untuk umur 13 tahun keatas sahaja. Jika tidak, anak anda tidak dibenarkan membuka akaun Gmail. Tipsnya adalah wajib ‘menipu’ tahun lahir. Contohnya, jika anak anda berumur 11 tahun (2004) anak anda perlu menetapkan tahun lahir di bawah 2004 seperti 2002, 2001, 2000 dan kebawah.

Dah selesai membina akaun, teruslah membina blog di blogspot.

Macam biasa, yeop menunjukkan tips-tips secara mudah bagaimana hendak menetapkan nama link blogspot.

1. perlu letak nama sendiri atau erti kata lain, bina jenama sendiri.

2. pendek dah cukup, tak perlu panjang-panjang.

3. pastikan nama anda tidak diambil orang lain (maksudnya, pastikan link blog anda ditanda right (/) dan hijau. Jika tidak, anda kena pilih nama lain).

4. Pilih template yang biasa saja. Baru belajar bukan?

5. Mula membina entri anda.

Kemudian yeop mula menunjukkan cara untuk membina entri mereka. Untuk pengetahuan anda, yeop telah beri tugas mudah kepada mereka iaitu buat satu entri mengenai diri mereka atau bahasa mudah, biodata peribadi. Kemudian hantar link entri mereka kepada cikgu yang mengajar melalui emel yang mereka bina tadi.

Banyak lagi perlu diajar menggunakan blogspot tetapi masa mencemburui mereka termasuklah yeop. Sedar-sedar “eh, dah pukul satu!”

Minggu depan pula, mereka kena bina Gmail dan blogspot sendiri. Yeop tengoklah sapa yang paham sapa tak paham.

Jadi, apa ulasan yeop?

Yeop gemuruh mengajar mereka sebab ini kali pertama yeop mengajar murid-murid sekolah. Ya-Allah, memang takut gila. Tapi yeop suka mengajar sebegini kerana kalau nak tunjuk pun, diri sendiri ada akaun. Jadi yeop tunjuk salah seorang murid untuk membuka dan membina blog.

Okey itu saja laporan yeop pada hari ini.

Sekian, Wassalam.

(nota: yeop tak ambil gambar masa yeop mengajar sebab sedang fokus kepada murid-murid tadi)

9 thoughts on “Pengalaman Mengajar Bina Blog di Sekolah

  1. reezluv

    oho..best dapat mengajar bebudak tu..aku masa bebudak dulu blog tu baru kenal, macam online diari katanya..:D

    Reply
  2. ctfand

    Bagus juga dah ada pendedahan spt ini disekolah. Celik IT sikit budak2 tu..

    Tahniah kerana fokus mengajar! 🙂

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      budak-budak juga wajib didedahkan dengan sekuriti emel dan kata laluan serta pemilihan kata laluan yang tepat dan mudah.

      Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      sangat-sangat betul.

      zaman kita dulu hanya tengok youtube dan tutorial saja.

      sekarang bebudak telah didedahkan dengan subjek tersebut.

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *