Pengalaman Ambil Ujian Saringan HIV Pra-Perkahwinan

Kongsi Entri Ini di
Content Protection by DMCA.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kalau ikutkan hati, malas nak cerita pasal pengalaman yeop dengan cerita ni. Tapi, yeop pernah ceritakan pasal Kursus Pra-Perkahwinan yang pernah yeop hadiri pada empat (4) tahun lepas.

Lagipun, yeop saja-saja nak tulis pun untuk menceritakan pengalaman yeop berada di Klinik Kesihatan Sungai Besar pada hari semalam.

Okeylah, yeop mulakan dengan pergi ke Klinik Kesihatan Sungai Besar dengan menanyakan pasal bagaimana untuk mengambil Ujian Saringan HIV pada semalam. Mereka diberi borang permohonan Saringan HIV dari Jabatan Kesihatan Selangor dan Borang Soal Selidik mengenai Emosi, Mental dan .. lupa dah apa lagi satu perkataan.

Yeop berpatah balik ke pejabat yeop untuk memohon izin keluar petang untuk buat ujian itu, nasib baik bos besar bagi.

Sesampainya di Klinik Kesihatan, yeop memberi borang yang telah diisi kepada kuanter pendaftaran dan diberi nombor angka giliran.

Ujian pertama yang perlu yeop ikuti adalah membuat ukuran berat, tinggi dan tekanan darah. Itu sekadar prosedur biasa di Jabatan Pesakit Luar.

Selesai prosedur pertama, yeop perlu menunggu nombor angka giliran untuk ke bilik-bilik tertentu, untuk membuat ujian darah.

Dah dipanggil, terus ke Unit Kecemasan untuk membuat ujian darah. Mereka kata, yeop lulus ujian itu dan tidak mengalami masalah.

Sebenarnya sekejap je buat, cuma kena tunggu sebab ramai yang pergi ke sana.

Selesai semuanya, baru berjumpa dengan doktor untuk pertanyaan mengenai soal selidik itu. Sebenarnya, yeop amat kecewa kepada diri sendiri apabila diberitahu oleh doktor untuk berjumpa dengan pakar kaunseling, dengan emosi yang tidak stabil dan doktor yang merawatnya ragu dengan keputusan tersebut.

Tapi biasanya prosedur tu hanya dibuat oleh pihak Klinik Kesihatan sahaja, tidak dibawa ke Pejabat Agama.

Setelah mendapat tandatangan dari doktor yang merawat yeop, terus pulang ke rumah dengan membawa salinan (bukan versi fotostet) borang pengesahan Saringan HIV untuk dihantar ke Pejabat Agama.

Kebiasaannya, Saringan HIV dibuat pada hari Isnin hingga Khamis, 2.00 petang hingga 4.00 petang dan Jumaat, 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Untuk anda yang membuat saringan HIV untuk perkahwinan anda, digalakkan buat selewat tiga (3) bulan sebelum nak bernikah, supaya tidak berlaku masalah pada borang ujian tersebut. Ia kerana borang itu sah sehingga enam (6) bulan dari tempoh ujian tersebut.

Apapun, yeop cerita pun sebab ada kejutan untuk anda semua. Apa dia? Tunggulah..

Content Protection by DMCA.com

14 comments on “Pengalaman Ambil Ujian Saringan HIV Pra-PerkahwinanAdd yours →

  1. Wah….. Takblama lagi Yeop akan kahwin. Semoga dapat bertemu jodoh dengan pasangan yang baik-baik.

    Apa saja tempat urusan rasmi, pasti ramai orang yang menunggu giliran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *