cerita

Penjual Penapis Air SwissPro Xtra ke Sungai Besar

Petang 9 Januari 2018, yeop didatangi oleh sekumpulan penjual penapis air (bukan jenama terkenal), biasalah nak perkenalkan barangan dorang.

Katanya penapis tu dibuat di Swizerland, namanya SwissPro Xtra (patutlah tak terkenal) tapi maklumat yang dorang bagi tak tepat dan meragukan.

Tapi takpelah, yeop bagi dorang masuk dengar celotehnya.

Dia ceritalah apa bagusnya penapis air tu, perbandingan air paip dengan air masak bla bla bla.. waranti yeop lupa, 3 tahun agaknya.

Masuk point pembayaran pula.

1. harga penapis tu => RM4888.00 (ye, sampai adik yeop kata bayar motor) *teringat balik penapis air Hay-TerokLah*

2. tolak apa-apa perkakasan elektrik (termasuk cerek) => RM1500

3. jumlah dorang tolak => RM4888 – RM1500 = RM3388

4. untuk bayar muka, kena bayar RM488 (dua kali, bayar masa register RM100, lepas pasang RM388)

5. bayar ansuran bulanan antara RM90 hingga RM100 sehingga 34 bulan atau dua tahun 10 bulan.

Jadi, yeop tolak dorang dengan rasa hormat dan blah macam tu je.

Pengajaran yang yeop dapat, kadang-kadang semua benda tu bukan bagus sangat. walaupun yeop ni suka melayan orang, tapi jangan bagi orang buat keputusan untuk kita.

Secara terus terang, yeop tak suka macam ni.

*ini sekadar sembang kedai kopi, tiada kaitan dari ejen2 penapis jenama lain*

P/s : Katanya ada dijual kat Singer. Betul ke?

Yeop Maz
Lifestyle Blogger and Influencers. Hubungi yeop di yeopmaz@gmail.com atau mssg.me/haiyeop untuk permintaan promosi, review atau event berbayar.
https://yeopmaz.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *