Perbezaan Kereta CKD dan CBU

By | Jun 28, 2016
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tahukah anda, di seluruh dunia mempunyai kereta atau motosikal yang diimpot dari negara pengeluar atau dipasang di kilang-kilang negara tertentu? Contohnya, kereta Honda menjual keretanya dengan nilai paling tinggi berbanding membina di kilang-kilang yang disahkan oleh negara Malaysia.

Jadinya, boleh dikatakan bahawa peranan sebagai negara tertentu mengeksport ke negara tertentu mengikut benua dijual dengan harga berpatutan.

Apakah maksud CBU dan CKD?

Maksud CBU : CBU Bermaksud Completely Built-Up atau lebih senang di fahami, jentera atau barang yang datang ke Malaysia, sepenuhnya di Import dan telah siap dipasang di negara pengeluar jentera atau barang tersebut. Kemudian bila sampai Malaysia, mereka terus jual dekat korang. Kebiasaannya, cukai bagi jentera atau barang jenis CBU ini lebih tinggi dari jenis CKD. Ini disebabkan, mereka mahu membuat keseimbangan akibat kerugian kutipan cukai akibat dari pemasangan dari negara pengeluar.

Maksud CKD : CKD bermaksud Completely Knocked Down atau lebih mudah korang fahami, jentera atau barang yang korang beli adalah dibuat di Malaysia, cuma barang dan sebahagian parts sahaja, seperti enjin, body, dan sebagainya di import dari negara pengeluar. Dan mereka akan membuat sebuah kilang di Malaysia, bertujuan untuk memasang kembali kesemua barang dan parts yang di import. Kebiasaannya, cukai yang dikenakan untuk barang atau jentera jenis CKD ini lebih murah dari jenis CBU, ini kerana, hanya bahagian yang di import sahaja dikenakan cukai. Barang yang di ambil dari Malaysia, seperti skru, nut, getah, kerusi dan sebagainya tidak dikenakan cukai yang tinggi seperti barang import.
Kebiasaannya, orang lebih suka membeli barang atau jentera jenis CBU, maklumlah barang import. Walaupun harganya agak mahal, tapi kerana kualitinya yang lebih diyakini kerana di pasang di negara pengeluar itu sendiri, ia menjadi permintaan No. 1 di mana-mana negara sekalipun. Berbanding barang atau jentera jenis CKD, hanya menjadi pilihan kedua kerana kelemahan terutamanya dari segi kualiti. Ia berikutan pemasangannya di Malaysia tidak menggunakan sepenuhnya barangan import tambahan pula, pemasangnya bukanlah golongan yang profesional seperti di negara pengeluar itu sendiri.

One thought on “Perbezaan Kereta CKD dan CBU

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *