Percaya Pada Diri Dengan Harapan dan Keyakinan

Kongsi Entri Ini di

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tiba-tiba tulis tajuk ini kan.. Mesti anda ingat pada satu rancangan realiti yang popular suatu ketika dahulu.

Sebenarnya yeop sengaja menulis tajuk sebegini, bukan apa..

Yeop memerlukan sesuatu yang bakal mengubah diri yeop menjadi manusia yang berjaya.

Nak bina kejayaan? Ingat senang ke?

Nampak macam mudah je nak membina sesuatu perkara, tapi sebenarnya kita sendiri yang sukar nak menghadapi semua keadaan ini.

Teringat pada satu rancangan realiti nyanyian suatu ketika dahulu. Dulu yeop tak berapa suka dengan rancangan tu kerana biasalah, nak mengundi artis kegemaran kita kena guna SMS banyak kali. Lepas tu artis yang masuk tu pun bukan sedap sangat pun.. (macamlah yeop pandai nyanyi kan.. hahaha)

Tapi bila melihat pada sudut tepi, mereka mengimpikan kejayaannya sejak dulu lagi untuk menjadi seorang penyanyi yang dikenali Malaysia dan Asia.

Ala, macam Dato’ Siti Nurhaliza pun hebat di dunia. Shila Amzah pun sama, hebat di China. Sama macam Yuna Zarai, hebat di Bollywood.

Semuanya dibina dari bawah. Bukan dari rancangan realiti mana-mana yang memerlukan SMS undian mereka.

Bagi yeop, mereka tak pernah berputus asa untuk mencapai impian dan kejayaan. Akhirnya, mereka berjaya dalam kehidupan mereka. Bagus bukan?

Apa yang yeop bagitau pasal kejayaan ini…

Sebenarnya yeop bukan nak bandingkan orang yang berjaya dari luar dengan rancangan realiti popular itu, cuma yeop nak terangkan apa yang yeop bagitau kepada anda semua.

  1. Semua orang perlukan impian, yang pastinya impian itu akan tercapai juga suatu hari nanti.
  2. Boleh je bermimpikan kejayaan, tapi tak semua benda tu akan tercapai juga bukan?
  3. Mereka berusaha dan berusaha untuk mencapai impian mereka. Samalah macam kita, takde impian, semuanya hancur lebur.
  4. Mungkin juga impian yang anda capai dihalang oleh orang yang memperkecilkan keyakinan kita.
  5. Mungkin juga impian ini biar kita gapai tanpa bantuan dan dengan bantuan orang yang kita kenal.

Penutup

Tak salah kita percaya pada diri, cuma tanya pada diri sendiri.. Mampu ke kita mencapai impian kita? Mampu ke kita capai sorang-sorang?

Anda pastinya kata tidak mampu.

Anda mesti menjadi seperti artis rancangan realiti popular itu, biar kita menggapai impian sampai kita berjaya. InsyaALLAH.

6 comments

  1. Impian itu perlu Yeop, malah ia penting, jika tiada impian, berusahalah mencari dan mula membina impian keranaq jika tiada impian hidup kita akan menjadi hambar, macam akak ni, dah masuk 5 seris, anak2 dah left the nest, suami dah pulang ke Rahmatullah, akak paksa diri mencari dan membina impian untuk memberi semangat teruskan hidup, sambil menanti seruan illahi until then.. teruskan impian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *