Persediaan Akhir Sebelum #SBBYEOS2014

By | Mac 7, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hqdefault

Tinggal beberapa jam lagi sebelum bermulanya Sepetang Bersama Blogger bersama Yeo’s 2014 ditaja bersama Ephyra, Lazada, (dot)mynic dan Al-Ansar Health.

Yeop masih berada di rumah kawasan Gerik, Perak sebab yeop nak terus jalan dari Gerik ke Kuala Kangsar Perak melalui kereta dan menaiki Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Kangsar ke Sentral Kuala Lumpur pada jam 1.47 pagi dan dijangka sampai jam 6.30 pagi.

Yeop buat keputusan begini untuk berehat panjang di keretapi yang mengambil masa selama 5 jam perjalanannya. Yeop juga tidak akan singgah di mana-mana hotel di Kuala Lumpur memandangkan bajet yang tidak mencukupi.

Yeop dah buat persediaan akhir untuk teruskan perjalanan tanpa merisaukan yeop di sana. Apa yang yeop bawa adalah:

1. Kad BisnesΒ 

2. Power bank 5300mAh

3. Telefon pintar dengan kamera HD

4. Pakaian yang mencukupi

5. Tiket keretapi dari Kuala Kangsar ke Sentral Kuala Lumpur

6. GPS

7. Buku panduan pelan yang diambil semasa Karnival Lenggong bulan lepas

8. Soalan untuk ditanya di sana (???)

9. Ubat-ubatan jika perlu

10. Talian internet percuma #Hotlink

11. Duit yang mencukupi untuk pulang semula ke Kuala Kangsar dan Gerik

12. Ada lagi wajib dibawa?

Apapun yeop dalam masih belum sedia lagi, sampai di sana baru sedia. heee. Ingat ya, yeop pakai warna merah-hitam belang-belang. Jumpa kome di sana πŸ™‚

Nota: Kalau ternampak yeop tegur-tegurlah ya, yeop bagi kad bisnes ya πŸ™‚

Nota 2: Dah baca persediaan di sbb.my? Jemput baca di sini πŸ™‚

Nota 3: Yeop harap sangat dapat hadiah di sana. Insya-Allah πŸ™‚

Nota 4: Yeop berada di meja 30, meja di baris belakang sekali. Adoi… Walaupun yeop sendiri lebih suka duduk di hadapan, tapi apa nak buat… Kome boleh semak kedudukan meja anda di sbb.my

kedudukansbb2014

9 thoughts on “Persediaan Akhir Sebelum #SBBYEOS2014

  1. Qaseh Vee

    tak sia – sia yeop . dah dpt iphone 5 tu . jgn pi jual lak yer . klu nak wat hantaran , tak pe … ^_^

    Reply
  2. hafizmd

    apapun yeop…khas utk yeop..ambe doakan selamat sampai ke sbb esok…

    insyaAllah ambe tegur yeop..baju belang…ok..dah hafal dah ni…hehhee

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *