Pesta Makanan Tradisional Lenggong Sangat Meriah!

By | Januari 12, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

pesta makanan tradisi lenggong

Semalam adalah berakhirnya Pesta Makanan Tradisional di Dataran Lenggong. Ia sebenarnya bermula pada 10 Januari lepas.

Pesta ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, dan anak jati Lenggong.

Turut hadir bersama adalah Ahli Parlimen Lenggong, Dato’ Seri Shamsul Anuar bin Nasarah, Adun Kenering Toh Shahbandar Ulu YB Mohamad Termizi bin Idris, Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambri Bin Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

IMG_20140111_114613

Aktiviti yang berlangsung semalam sangat meriah dengan aktiviti bergotong-royong dari seluruh kampung sekitar Lenggong, memasak masakan kampung yang semestinya menguja saya dan rakan blogger lain, seperti Hasrul Hassan, Yanty.my, Catatan Sue Izza, Fuh.my dan mdjefri (blog beliau aku dah tak jumpa, mungkin penutupan akaun multiply)

IMG_20140111_131651

Tengok Tuan Hasrul Hassan, kurus tak? hahaha

Selain itu, anda boleh melihat kereta Perodua Alza Facelift secara dekat. Memang empuk bila duduk di kerusi depan, terasa tinggi pula berbanding kereta Honda Accord 1984 saya. hehehe

DSC_0009_1

Selain itu, sesuatu yang mengejutkan saya adalah kedatangan penjelajah sekeluarga dari United Kingdom ke sini menggunakan ‘Motorhome’ atau karavan!

IMG_20140111_105924

IMG_20140111_110054

IMG_20140111_110237

IMG_20140111_110410

IMG_20140111_110527

IMG_20140111_110610

IMG_20140111_111020

Semestinya keluarga Jamalulail Ismail mendapat pengalaman manis dan pahit sepanjang perjalanan panjang ini. Perjalanan beliau sekeluarga boleh dibaca di Facebook By Road To Malaysia atau layari www.byroadtomalaysia.com.

Di sana juga ada aktiviti cabutan bertuah, tapi saya pun dah penat sangat, terus balik rumah.

Di bawah adalah gambaran keadaan di sana.

Insya-Allah tahun depan ada lagi… kalau boleh nak lebih ramai rakan media, termasuk blogger turun sama di sini. Tak turun Gerik, Lenggong pun boleh…

Sekian, Wassalam.

Nota: Oh ye, gambar di atas adalah HAK MILIK DIRI SAYA SENDIRI, TIDAK DIBENARKAN COPY-PASTE ATAU MENGUBAH GAMBAR TANPA KEBENARAN SAYA. Jika berlaku demikian, saya akan membuat laporan kepada pihak berkuasa. Harap Maklum.

4 thoughts on “Pesta Makanan Tradisional Lenggong Sangat Meriah!

    1. Khairil Mazri Post author

      sangat meriah, bersesak-sesak kat situ.

      tengok oranglah, hehehe

      sangat betul. best travel naik kenderaan sendiri.

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *