Petua Melayu Lama Mengenai Gerak Geri Kucing

By | November 18, 2013

kucing

Petua Melayu Lama Mengenai Gerak Geri Kucing

Ramai orang Melayu gemar memelihara kucing di rumah. Namun pernahkah terlintas di fikiran anda apakah maksud dalam tiap gerak geri kucing? Orang Melayu dahulu ada memberi petua tentang gerak geri kucing yang boleh dijadikan renungan.

a. Jika kucing tidur di atas ikat kepala, terbus, kopiah atau topi, alamatnya orang yang memeliharanya akan beroleh harta.

b. Jika kucing masuk ke dalam ikat kepala, kupluk, terbus atau topi sehingga badannya tidak kelihatan, alamatnya orang yang memeliharanya akan mendapat keuntungan daripada pendita atau raja.

c. Jika kucing berada di sudut rumah sekian lama dan tidak berniat pergi, alamatnya orang yang memeliharanya akan mendapat kiriman barang yang menyenangkan atau menerima keuntungan.

d. Jika kucing tidur nyenyak di atas baju, alamatnya ada orang akan datang membawa barang.

e. Jika kucing duduk dengan kedua-dua kakinya di belakang sedangkan dua kaki hadapannya berdiri tegak, sambil mengangguk-anggukkan kepala seperti menyembah, alamatnya orang yang memeliharanya akan beroleh ampun dan kurnia daripada Tuhan yang maha kuasa.

f. Jika kucing selalu mengguling-gulingkan punggungnya di tanah atau rumput, alamatnya ada orang yang sedang cuba melakukan kejahatan pada tuannya.

g. Jika kucing mengasah kukunya di dalam rumah, tuan rumah harus awas kerana ada orang yang akan melakukan rompakan di rumah itu.

10. Para peminat kucing harus perhatikan hal ini. Sekiranya kucing peliharaan terus menerus memandang tuannya, tuannya harus lekas-lekas menyembur kucing itu dengan air. Jika berjaya melaksanakan syarat itu, tuannya akan beroleh rezeki yang banyak.

6 thoughts on “Petua Melayu Lama Mengenai Gerak Geri Kucing

  1. Izzuddin Fauzi

    -_- Ada jugak… Macam nie… Tak pernah tahu… Dan baru first time dengar… -_-

    Reply
  2. Ninasakinah

    ye ke ?? hehe .. org tua ni memang suka berkias .. ajar anak cucu supaya sayang kucing 😀

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *