Petua Mengenai Beras

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Facebook ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA tak pernah jemu berkongsi tips atau petua untuk bacaan semua. Apapun, jom baca 🙂

beras

Koleksi Petua Mengenai Beras

1. Petua Membersihkan Beras – Jangan dibasuh beras lebih daripada 3 kali kerana ia akan mengurangkan kanji dan khasiatnya akan hilang.

2. Petua Untuk Beras Tidak Berkutu – Masukkan beberapa tangkai cili kering atau serai ke dalam bekas beras. Hasilnya beras tidak akan berkutu dan sebaliknya berbau wangi.

3. Petua Menghilangkan Hapak Beras – Basuh dan masak beras seperti biasa di dalam periuk. Apabila airnya kering, masukkan sehelai daun pandan ke dalamnya.

4. Petua Mengatasi Beras Tidak Bermutu – Kalau anda tersilap membeli beras dan mendapatinya kurang enak dan tidak bermutu, goreng beras tanpa minyak dan rendam dalam air beberapa minit. Masaklah seperti biasa. Nasi akan menjadi lembut dan sedap dimakan.

10 thoughts on “Petua Mengenai Beras

  1. Assalammualaikum. Salam Ramadan. Saya basuh beras sampai air dia jernih. Hehe. Khasiat berkurangan lo nampaknya.

    Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia – Norazizah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *