Petua Untuk Berjaya Dalam Hidup

By | Januari 5, 2015
Pilih mana satu.

Pilih mana satu.

Dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Jangan berpuashati dengan keadaan baik yang ada pada anda sekarang melainkan anda telah berusaha keras untuk menjadikan yang baik itu menjadi lebih baik. Teruskan belajar untuk memperbaiki hidup agar matlamat ini tercapai. Belajar tidak semestinya melalui sekolah formal atau buku-buku mahal.

Kita boleh belajar dan terus belajar melalui pengalaman hidup kita sehari-harian atau melalui pengalaman orang lain. Bak kata pepatah, belajarlah daripada kesalahan-kesalahan orang lain kerana anda tidak akan hidup lama untuk melakukan kesalahan-kesalahan itu sendirian.

1. Tenang – Sikap tenang boleh menjernihkan fikiran dan membulatkan tindakan yang lebih tepat. Berbanding dengan orang yang tidak tenang fikirannya kusut dan ragu-ragu dalam melakukan sesuatu tindakan.

2. Pandai Merancang – Orang yang pandai merancang kehidupan akan sentiasa meletakkan perkara penting sebagai keutamaan dalam hidup berbanding dengan orang yang tidak pandai merancang mereka selalu meletakkan perkara remeh sebagai keutamaan.

3. Sentiasa Ingin Belajar – Kemampuan seseorang manusia bukan berasal dari pembawaannya sejak dilahirkan, tetapi merupakan hasil dari proses pembelajaran yang dilakukannya secara konsisten sejak dari kecil. Oleh sebab itu jangan berhenti belajar sampai bila-bila pun. Di samping itu, dalam proses pembelajaran kita setiap hari kerendahan hati amat membantu kita untuk menyerap dengan mudah semua ilmu pengetahuan yang diinginkan.

4. Suka Memberi – Dalam hidup ini kita tidak seharusnya hanya belajar menerima sesuatu dari orang lain. Kita seharusnya belajar memberi yang terbaik kepada orang lain kerana ini akan membuatkan orang lain lebih menghargai kita.

5. Tidak Berlengah – Sifat suka menunda atau melewat-lewatkan sesuatu usaha boleh melambatkan pencapaian sesuatu matlamat. Oleh itu, kita mesti sentiasa cepat bertindak kerana waktu itu adalah amat berharga.

6. Personaliti Cemerlang – Perwatakan utuh itu adalah nadi kehormatan dan kegemilangan sesuatu bangsa. Seperti dalam pepatah orang Tionghoa,” Waktu yang diperlukan untuk menanam dan memelihara sebatang pohon adalah 10 tahun, tapi untuk membentuk watak yang utuh untuk sesuatu bangsa memerlukan waktu paling sedikit 100 tahun.”

5 thoughts on “Petua Untuk Berjaya Dalam Hidup

  1. AZENI AHMAD

    Petua lama yang best.
    Pendek kata kalau kita tenang, sentiasa merancang mesti boleh kuar dari comfort zone.
    Selamat tahun baru 2015.

    Reply
  2. jaymiee

    bagi aku yang no 1 akan merangkumi kesemua sekali…bila jiwa dah tenang in shaa allah semuanya akan berjalan lancar…

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *