Petua Untuk Memikat Orang Lelaki

By | Disember 1, 2014

 

lelaki wanita

Petua Untuk Memikat Orang Lelaki

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat orang lelaki.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang anda minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang anda minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor anda. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa anda boleh didekati tetapi bukan bererti anda ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

******

Petua Untuk Memikat Orang Lelaki

Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama.

1. Terima lelaki agar dia menerima anda – Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah lelaki agar dia memahami anda – Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah untuk menikmati perubahan – Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup memberi untuk menerima – Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

7 thoughts on “Petua Untuk Memikat Orang Lelaki

  1. Vee

    6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu). … perlu ker ? ada gak yg suka badan montok …
    yg ptg keserasian utk hidup bersama …

    15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka. … perlu jual mahal . klu murah , habis !

    Reply
  2. wazy

    Boleh la forwardkan petua ni pada kawan-kawan perempuan yang sedang mencuba memikat lelaki

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *