Petua Untuk Mengelak Kucing Berak Merata

By | Oktober 14, 2014

kucing

Petua Untuk Mengelak Kucing Berak Merata

a. Kucing memiliki sifat ‘ini kawasan aku’ yakni di mana kawasan yang dia sudah tandakan, di situlah kawasan yang akan dia lalui setiap hari. Kawasan yang ditanda samada tempat untuk dia makan, tempat tidur, tempat bersantai, tempat bermain dan tempat membuang najis.

b. Kucing akan membuang najisnya di tempat yang sunyi. Ia akan berak di kawasan sunyi seperti sebelah/belakang peti ais, sebelah meja/sofa, sudut-sudut yang manusia tidak lalui dan tempat gelap. Kadang-kadang kucing juga berak atas pakaian dan permaidani.

c. Sekiranya kucing anda berak di tempat yang tidak sepatutnya, buang najis tersebut dan cuci tempat yang kotor dengan sabun dan air bersih sehingga hilang bau dan warnanya. Selepas itu, ambil cuka dan
semburkan cuka tersebut di tempat yang sudah dibersihkan.

d. Kemudian, belai kucing anda dan bermain dengannya. Ia bertujuan agar tahap angin dalam badan anda menurun gara-gara terhidu bau najis yang ‘wangi’.

e. Sekiranya anda ingin kucing tadi berak di bilik mandi, calitkan sedikit pada tepi mangkuk tandas or lantai tandas. Pastikan tempat itu
Tidak orang ramai. Perhatikan jika kucing hendak membuang lagi, bawa kucing itu ke tempat yang sudah dicalitkan sambil sapu-sapu belakang atas bontot kucing di sebelah ekor

f. Jika anda menggunakan “litterbox” pula, pastikan ia diletak di kawasan yang tersorok dan letak najisnya dalam litterbox tersebut dan alaskan dengan carpet, kain atau surat khabar lama. Ia bertujuan agar kawasan itu tidak kotor. Sebab, kucing anda akan kais-kais ‘tanah tiruan’ dalam “litterbox” tersebut.

11 thoughts on “Petua Untuk Mengelak Kucing Berak Merata

  1. desa

    Thanks fof the tips
    Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya.

    Reply
  2. Bad

    Tq cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
    Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau kucing berak merata ni. Lebih2 lagi bukan kucing kita sendiri, tapi kucing liar atau mendatang. Harap2 dapat selesaikan masalah semua.
    Boleh cuba gunakan produk “Cat Repellent” dari Jepun ni. Produk ni bila letak akan keluarkan bau yang menyebabkan kucing tak selesa & lari.
    Yang bukan sahaja murah & mudah tapi tak menyeksa binatang. Produk ni ada saya nampak di website ni
    http://www.tenringgitshop.com
    Selamat mencuba yer.

    Reply
  3. Miracle Vitamins

    Kena bagi tips ni kat adik bagi kucing dia pandai berak di tempat yang sepatutnya..hihi

    Reply
  4. huda

    Terima kasih atas tips dan petua yang dikongsi.Kat kedai makan mertua di terengganu selalu kucing liar datang.boleh cuba tips ni.

    Reply
  5. akubiomed

    Tak bela kucing cuma masalah kucing liar dan kucing orang bela berak dihalaman rumah sendiri. Mahu hangin satu badan. 🙂

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *