Info Informasi Nak Tau?

Petua untuk Mengesan Berita Palsu

Kongsi Entri Ini di

Tiap kali kita melihat dan membaca dari Laman Sosial popular seperti Facebook, Twitter, Instagram dan blog sampah menularkan sesuatu perkara yang tidak benar.

Lagi-lagi dengan dunia tanpa sempadan. Internet hanya di hujung jari. Tapi kebanyakannya berita di televisyen dan akhbar lagilah teruk, lagi bermasalah dan lagi menyampah.

Seolah-olah tiada etika dalam bidang kewartawanan.

Akibatnya, semua perkara yang palsu jadi nyata dan sebaliknya. Kita sebagai pembaca dan pelayar yang melayari boleh membezakan mana-mana laman media yang agak mengarut dan nyata.

Lagi-lagi dengan berita artis yang ntah datang dari mana ntah.

  1. Sentiasa berasa sangsi dengan tajuk utama. Cerita berita palsu sering mempunyai tajuk utama yang menarik dengan semua huruf besar berserta tanda baca seruan. Jika berita mengejutkan dalam tajuk utama sukar dipercayai, ia mungkin palsu.
  2. Lihat dengan teliti pada URL. URL palsu atau kelihatan serupa mungkin merupakan amaran tentang berita palsu. Banyak tapak berita palsu meniru sumber berita sahih dengan membuat sedikit perubahan pada URL. Anda boleh pergi ke tapak tersebut untuk membandingkan URL dengan sumber yang kukuh.
  3. Siasat sumber tersebut. Pastikan bahawa cerita ditulis oleh sumber yang anda percayai dan mempunyai reputasi yang baik dari segi ketepatan. Jika cerita tersebut datang daripada organisasi yang jarang didengar, semak bahagian “Perihal” untuk mengetahui lebih lanjut.
  4. Perhatikan pemformatan yang luar biasa. Banyak tapak berita palsu mempunyai kesalahan ejaan atau reka letak yang janggal. Baca dengan teliti jika anda melihat tanda ini.
  5. Nilaikan foto. Cerita berita palsu sering mengandungi imej atau video yang dimanipulasi. Kadang-kadang foto mungkin sahih, tetapi berada di luar konteks. Anda boleh mencari foto atau imej bagi mengesahkan sumbernya.
  6. Periksa tarikh. Cerita berita palsu mungkin mengandungi garis masa yang tidak masuk akal atau tarikh peristiwa yang sudah diubah.
  7. Semak bukti. Semak sumber pengarang untuk mengesahkan sumber yang tepat. Kekurangan bukti atau pergantungan kepada pakar yang tidak dinamakan mungkin menandakan cerita berita palsu.
  8. Lihat laporan lain. Jika tiada sumber berita yang lain melaporkan cerita yang sama, ia mungkin menandakan cerita tersebut palsu. Jika cerita tersebut dilaporkan oleh pelbagai sumber yang anda percayai, ia mungkin cerita benar.
  9. Adakah cerita tersebut satu jenaka? Kadang-kadang cerita berita palsu sukar dipisahkan daripada jenaka atau sindiran. Semak sama ada sumber tersebut memang diketahui sebagai parodi dan sama ada butiran cerita serta bentuk penyampaiannya hanyalah untuk gurauan.
  10. Sesetengah cerita memang sengaja dipalsukan. Fikirkan secara kritikal tentang cerita yang anda baca dan hanya berkongsi berita yang anda ketahui boleh dipercayai.

Sumber dari Bantuan Facebook

Yeop Maz
Lifestyle Blogger and Influencers. Hubungi yeop di yeopmaz@gmail.com atau mssg.me/haiyeop untuk permintaan promosi, review atau event berbayar.
https://yeopmaz.com

One Reply to “Petua untuk Mengesan Berita Palsu

  1. Bagus maklumat utk seseorang mempunyai sikit idea macam mana utk mengesan berita palsu. Social media sekarang terdapat terlalu banyak berita yang macam benar tetapi memang palsu punya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *