Petua Untuk Menjinak Hamster

By | Oktober 1, 2013

hamster

Petua Untuk Menjinak Hamster

1. Apabila telah sampai ke rumah, perkara pertama yang harus anda lakukan ialah memasukkan hamster baharu anda ke dalam sangkar yang anda beli. Pastikan sangkar tersebut telah diletak bedding, makanan, air dan segala kelengkapan yang sepatutnya.

2. Biarkan hamster anda menerokai ‘rumah’ barunya pada hari pertama. Di saat ini, anda sudah boleh menamakan hamster comel anda dan memanggil namanya secara kerap.

3. Pada hari kedua, ambil sedikit kuaci, genggam dengan tangan anda supaya dapat meninggalkan ’bau’ anda pada makanan tersebut. Masukkan tangan anda secara perlahan-lahan ke dalam sangkar. Jangan tergopoh gapah, gelojoh, menerkam ataupun buat segala aksi yang mengejutkan hamster anda kerana ia hanya memberi isyarat kepadanya bahawa‚ bau’ ini adalah ancaman buatnya. Biar ia hidu bau anda dan dengan perlahan-lahan datang kepada anda untuk mengambil kuaci kegemarannya. Jangan anda terkam dia pula. Biarkan dia berasa selamat mengambil kuaci tersebut.

4. Setelah tiga, empat kali anda amalkan, perlahan-lahan cuba usap hamster anda atau pegang hamster anda. Ingat, perlahan-lahan. Biarkan dia bermain di tangan anda. Hamster suka turun dari satu tangan anda ke satu tangan yang lain.

5. Akhir sekali, kerapkan menyebut nama hamster kesayangan anda. Selalunya bila dia sudah terbiasa dengan suara anda, bau anda, dia akan keluar dan bermain-main di dalam sangkarnya. Tetapi jangan sekali ganggu waktu tidurnya.

2 thoughts on “Petua Untuk Menjinak Hamster

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *