Petua Untuk Orang Lelaki Kelihatan Macho

By | Disember 7, 2013
Petua Untuk Orang Lelaki Kelihatan Macho – Sumber dariĀ ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
lelaki-kacak
1. Simpan Jambang – Biarkan jambang anda tumbuh dengan natural. Jangan segera membuangnya. Tumbuhnya yang sedikit-sedikit itulah menampakkan sifat kelelakian anda. Jika nampak terlalu berserabut,segeralah kemaskan jambang anda itu.

2. Belah Kayu Api – Dalam zaman moden ini agak sukar hendak mempraktikkan teknik membelah kayu api. Apatah lagi, sekarang ini dapur masak kebanyakkannya menggunakan gas bukan lagi kayu. Tetapi anda boleh tukar aktiviti dengan membina peralatan dalaman rumah daripada kayu misalnya kerusi. Proses memotong dan memaku itu secara tidak langsung menguatkan otot-otot lengan anda.

3. Periksa Enjin Kereta – Jangan hanya tahu memandu sahaja, lelaki juga perlu tahu setiap inci perkakasan enjin kereta. Belajarlah cara untuk mengendalikan kenderaan anda, walaupun kereta nampak elok, belum tentu enjinnya dapat berjalan lancar.

4. Makan Seenaknya – Anda tahu apakah makanan yang membuatkan diri anda kelihatan gagah? Hal ini tidak bermakna anda perlu mengambil pemakanan yang tinggi lemak. Cukup sekadar mengunyah makanan yang berdiet seimbang dan tidak menggemukkan.

5. Sewa Kereta Mahal – Kenderaan yang berprestij dan bergaya mampu menampilkan personaliti maskulin lelaki. Jika anda tidak mampu membelinya, anda boleh menyewanya daripada mana-mana syarikat kereta yang menawarkannya. Pastikan wajah anda dapat dilihat dengan jelas tatkala memandu.

Nota: Nombor 5 tu… ukurlah baju di badan sendiri huhu

4 thoughts on “Petua Untuk Orang Lelaki Kelihatan Macho

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *