Phishing (Pancingan)

By | Oktober 7, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sering kali kita mendengar dari berita atau akhbar yang menyatakan ramai pengguna kehilangan wang atau akaun bank atau emel dari peti masuk emel yang bukan dari alamat sebenar. Ia dikenali sebagai pancingan atau Phishing.

Jadi apa itu phishing?

Dalam pengkomputeran, phishing (sebutan: ‘fishing’) adalah satu cubaan bersifat jenayah serta penipuan untuk mendapatkan maklumat sensitif di dalam perhubungan elektronik seperti nama pengguna, kata laluan, dan butiran kad kredit dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai. eBay, PayPal serta bank-bank dalam talian (seperti Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Online) adalah antara yang sering kali menjadi sasaran. Phishing selalunya dilakukan melalui email atau pesanan ringkas dan selalunya mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran pada laman web tertentu, namun begitu hubungan telefon juga pernah digunakan.

Phishing merupakan satu contoh teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk memperdayakan pengguna. Antara cubaan-cubaan untuk mengatasi laporan kejadian phising yang semakin meningkat termasuklah penguatkuasaan undang-undang, latihan untuk para pengguna, kesedaran umum, serta langkah-langkah teknikal.

Contohnya, anda mendapat emel dari orang yang tidak dikenali (orang yang dikenali juga berpotensi untuk menerima emel) untuk menyatakan bahawa emel anda perlu pengesahan dari anda, yang peliknya dari emel lain dari penghantarnya.

gmail-phishing

Jika anda klik Validate seperti gambar di atas ini, anda bakal kehilangan emel dan password anda hanya sekelip mata saja. Yeop kata, “Eleh, menipu je lebih.”

Jadi, apa yang perlu anda lakukan jika mendapat emel sebegini?

  1. Abaikan saja, terus masuk bakul sampah.
  2. Jangan klik jika anda ragu-ragu.
  3. Pastikan anda peka dengan emel dan link yang diterima dari kita. Mudah saja, lihat pada emel yang dihantar atau skrol tetikus anda ke link itu. Jika ia bukan, baik di bakul sampahkan.
  4. Laporkan emel ini kepada Pasukan Emel anda, mudah je. Hantar ke folder Spam.

Jadi, apa yang yeop ceritakan itu hanya untuk sekadar peringatan kepada pembaca semua. Sekurang-kurangnya anda tidak terkena dengan emel palsu ini.

3 thoughts on “Phishing (Pancingan)

  1. Blogger2u

    macam-macam cara org nak menipu.. dan ramai jugak yg dah tertipu dengan email mcmni… mudah je… tgk sape sender tu… dorg ni pandai mengaburi mata kita dengan guna email seakan-akan dari gmail dan bank2… tgk dulu.. biasa online banking guna secure connection mcm permulaan link HTTPS dan bukan HTTP

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *