Petua Untuk Memikat Wanita Pujaan Anda

By | November 14, 2013

wanita

Petua Untuk Memikat Wanita Pujaan Anda

1. Gunakan Kelebihan Wanita – Sesetengah wanita ada kalanya mempunyai idea dan IQ yang lebih bernas daripada lelaki. Jika lelaki melihatnya dari sudut yang positif, bermakna kelebihan wanita ini jika digandingkan mampu mencipta idea yang hebat. Satu kelemahan wanita ialah kalah dengan emosi. Justeru dalam menakluki wanita, lelaki sebenarnya boleh menggunakan kelebihan dan kelemahan ini sebagai ‘senjata.’

2. Perancangan Teliti – Memikat wanita perlu strategi yang betul. Jika anda tidak mengaturnya dengan sempurna maka anda akan dikuasai wanita.

3. Jangan Terlalu Mendesak – Ada juga lelaki yang suka mendesak. Mereka berasa sangat puas jika melihat orang lain menurut kehendaknya. Namun dalam menunjukkan anda seorang lelaki budiman, jangan sesekali melakukannya kerana tiada wanita suka lelaki begini. Bersikap rasional dalam semua perkara dan hubungan anda akan kekal selama-lamanya.

4. Kenali Kekuatan – Sebaiknya kenalilah kekuatan pada diri anda. Jika anda mampu “memperlihatkannya” kepada si dia bermakna anda adalah lelaki idaman wanita.

5. Mesti Ada Inisiatif – Kekuatan karakter tidak menyamai kekuatan fizikal. Ramai lelaki beranggapan bentuk tubuh yang tegap adalah lambang lelaki gagah. Namun kalau karakter anda lemah, anda juga mudah kalah. Wanita biasanya mencari lelaki yang boleh melindungi diri mereka di saat susah dan senang, mampu menenteramkan jiwa di saat lara, memberikan idea di saat yang anda perlukan. Berusahalah mencari ilmu-ilmu ini kerana keupayaan anda akan membuatkan wanita begitu mencintai anda.

6. Disiplin Diri – Bagi sesetengah lelaki, mereka bangga jika bergelar romeo dan punyai ramai teman wanita. Tetapi wanita pula tidak mencari lelaki seperti ini kerana bimbang hubungan yang dibina tidak kekal ke jenjang pelamin. Wanita biasanya mencari lelaki yang boleh menjadi pelindung. Justeru itu, disiplinkanlah diri untuk setia kepada yang satu serta beberapa perkara yang boleh membuatkan wanita terus menyenangi anda.

7. Perlukan Perancangan – Ramai lelaki suka keluar berhibur malam hanya kerana mahu berseronok bersama rakan. Namun ini tidak menggambarkan komitmen anda. Wanita mahukan lelaki yang penuh perancangan bukan asyik bergembira tanpa hala tuju.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *