Pokemon GO?

By | Ogos 6, 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yeop baru dapat tahu aplikasi Pokemon Go telah mendarat di Apple App Store dan Google Play Store Malaysia pada hari ini.

Ia sebenarnya telah diperkenalkan sejak dua bulan lepas apabila mereka menyebarkan aplikasi panas ini di Amerika Syarikat, New Zealand terlebih dahulu.

Sebenarnya yeop agak teruja apabila aplikasi ini masuk ke Malaysia. Bukan yeop je, semua pencinta Pokemon teruja sangat.

Rakan-rakan yeop di Facebook pun melihat perkembangan aplikasi hangat ini.

Apa yang menariknya, yeop sendiri tak tahu. Jadi, yeop mula muat turun di iPhone 5c yeop dan menggunakannya. Kemudian yeop perlu mendaftarkan diri menggunakan akaun Google atau pendaftaran rasmi Pokemon. Apa yang yeop lihat semasa pendaftaran itu sangat ringkas sebab tiada dikatakan umur yang dibolehkan untuk menggunakannya.

Cara penangkapannya agak mudah, hanya pastikan dia ada di depan kita. kemudian baling Pokeball pada haiwan itu dan tunggu dia selamat di dalam Pokeball.

Yeop belum selongkar habis permainan itu, sebab di Malaysia kami baru bermain hari ini. Jadi, anda boleh tunggu sambungan entri yeop mengenai ini.

2 thoughts on “Pokemon GO?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *