Prinsip Menulis Blog

Content Protection by DMCA.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setiap manusia mempunyai prinsip yang tersendiri. Ada yang tak suka mengutuk, ada yang hidup berpantang, ada yang suka benda jahat (mana tahu kan) dan banyak lagi.

Tetapi dengan yeop, beberapa benda yang yeop sangat pantang semasa melihat dan membaca status di Facebook, Twitter atau entri blog.

Antaranya adalah:

1. Yeop sangat berpantang bila menceritakan sesuatu peribadi mengenai yeop, tidak kira cakap depan-depan atau belakang yeop.

2. Menulis status yang menarik perhatian yeop untuk ‘memaki dalam hati’ yeop. Siap menaikkan entri mengenai sesuatu perkara yang agak jelik untuk membaca.

3. Apabila sesuatu kematian seseorang di dekat atau dalam status, yeop tidak akan menulis entri walaupun diri yeop tiada. Memang yeop tidak mengetahui asal usul sesiapa sahaja, sebab tu yeop tidak akan menulis.

4. Yeop selalu hilang konsentrat apabila menulis blog. Yeop akan simpan entri sebagai draf sementara menulis entri untuk memikirkan ketenangan hati yeop. Jadi kalau yeop menulis entri ikut suka hati, jangan nak memaki yeop di Facebook. Yeop sangat tak suka bercakap di komen facebook. Nak komen, komen saja di blog.

5. Lagi satu, kalau nak menulis komen di entri yeop jangan sampai komen anda menjadi spam. Pastikan letakkan link dan emel yang sebenar.

6. Jika yeop menulis entri mengikut sumber tertentu, ini bermakna yeop dah kering idea. Jadi, kutukan di komen entri adalah tidak dibenarkan.

Sebarang pertanyaan atau idea untuk menggegarkan lagi di blog yeop, boleh klik di Hubungi Yeop atau klik di Mengenai Yeop. Di situ anda boleh lontarkan apa-apa saja, asalkan yeop layan anda semua.

Baiklah, prinsip ini akan diubah dari masa ke semasa tanpa diberitahu pembaca blog ini.

Selamat membaca dan mengomen 🙂

Content Protection by DMCA.com

0 comments on “Prinsip Menulis BlogAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *