Putus Tunang? Jangan Risau, Perkara Biasa dalam Hidup

By | Mac 19, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yeop baru dapat tahu, kawan satu sekolah kat Gerik baru putus tunang beberapa bulan lepas. Punca utama adalah bekas tunangnya kaki habiskan duit. Dia ada kata sampai seribu ringgit jugak habiskan kat bekas tunangnya.

Yeop tak pernah alami semuanya, tapi yeop pernah alami putus kapel. Perasaan lebih kurang sama macam putus tunang.

Yeop tahu, dia tak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan sejak sekolah menengah dulu. Sebab itu dia tidak memahami apa yang perempuan mahukan, dan dia tak pernah rasa kesakitan bila berlaku sesuatu luar jangkaan.

Yeop dulu pun mula bercinta sejak sekolah rendah, dan yeop tahu kesakitan itu boleh dikatakan sebagai kritikal.

Mesti ada hikmah di sebalik putus tunang

Masa bertunang itu adalah proses untuk mengenali antara satu sama lain. Sebab itu tunang digalakkan, tapi tidak boleh lama-lama sebab proses bertunang tidak boleh melebihi satu tahun.

Lagipun dalam proses bertunang itu banyak cabaran dan dugaan yang bakal berlaku, terutama mereka yang tidak pernah kapel dengan mana-mana perempuan atau lelaki.

Yeop bertunang pun dalam sebulan, malas nak tunggu lama-lama. Walaupun jaraknya melebihi 120 kilometer, tapi dah ada kenderaan boleh je jalan.

Bila yeop dengar pasal putus tunang, yeop pasti ada hikmah di sebaliknya.

  1. Bila putus tunang, segala hubungan antara bekas tunang terus hilang. Yap, jodoh takde kan..
  2. Semua benda akan diungkit semula, lagi-lagi dah kapel bertahun-tahun tapi bila tunang tak sampai sebulan putus di tengah jalan. Itu semuanya sebab tidak ada persefahaman.
  3. Tanggungjawab yang bakal pikul masa bertunang dan akad nikah nanti akan tergendala. Yap, manusia mana yang tak tahu pasal tanggungjawab. Semuanya perlu belajar dari kesilapan lampau.
  4. Tanda-tanda untuk mendekati kepada Allah S.W.T melalui solat dan doa memohon pertanyaan. Mana ada manusia sempurna, tapi Allah Maha Adil Lagi Maha Mengetahui.

Takziah kepada mereka yang putus tunang

Yeop mengucapkan takziah kepada anda yang baru putus tunang. Macam yeop kata sebelum ini, mesti ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Apapun yeop mengharapkan kebahagiaan anda di dunia dan akhirat.

Jangan putus asa, teruskan perjuangan anda sebab dunia ini sangat mencabar. Orang yang sabar saja yang memenangi dunia fana ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *